Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dokumentari terbaru dianggap hina Michael Jackson

Sebuah dokumentari baru yang mendakwa Raja Pop Michael Jackson melakukan gangguan seksual ke atas kanak-kanak dikecam teruk oleh pengendali harta pusaka mendiang.

Anggaran Waktu Membaca:
Dokumentari terbaru dianggap hina Michael Jackson

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2019 12:34AM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 12:44AM

CALIFORNIA: Sebuah dokumentari baru yang mendakwa Raja Pop Michael Jackson melakukan gangguan seksual ke atas kanak-kanak dikecam teruk oleh pengendali harta pusaka mendiang.

Tayangan perdana Leaving Neverland bakal ditayangkan di Pesta Filem Sundance akhir bulan ini. Dokumentari itu memaparkan temu bual dengan dua orang yang mendakwa menjadi mangsa Jackson, lapor Independent.

Kini berusia 30-an tahun, kedua-duanya mendakwa menjalin persahabatan dengan penyanyi itu serta menjadi mangsa gangguan seksual ketika masih kanak-kanak.

Para wakil pengendali harta Jackson dalam satu kenyataan mengutuk penerbitan Leaving Neverland. "Dokumentari itu satu lagi penerbitan menjengkelkan dan amat menyedihkan sebagai satu tindakan keterlaluan untuk meraih keuntungan di atas kemasyuran Michael Jackson."

Menurut Independent, tajuk dokumentari yang diarah oleh Dan Reed, merujuk kepada tempat tinggal yang didiami Jackson dari tahun 1988 hingga 2003 di California, iaitu Neverland Ranch.

Polis menyerbu kediaman itu pada 2003 semasa menyiasat dakwaan Jackson mencabul kehormatan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

Jackson, yang popular dengan lagu-lagu popnya, dibebaskan daripada semua tuduhan pada 2005 selepas satu perbicaraan berprofil tinggi, lapor Independent.

Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009 pada usia 50 tahun selepas mengambil propofol secara berlebihan.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan