Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Doa makbul, Amy Search bakal jadi bapa lagi pada usia 60

Doanya makbul. Keinginan untuk sekali lagi menjadi bapa pada usia yang lanjut bakal menjadi nyata dalam masa beberapa bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Doa makbul, Amy Search bakal jadi bapa lagi pada usia 60

Amy Search bersama isterinya. (Gambar: Amy Search/Instagram)

MALAYSIA: Doanya makbul. Keinginan untuk sekali lagi menjadi bapa pada usia yang lanjut bakal menjadi nyata dalam masa kira-kira lapan bulan.

Oleh sebab itu menerusi catatan yang dimuat naik ke laman Instagram penyanyi rock Amy Search, jelas kelihatan kegembiraan yang dirasainya. Ini kerana beliau sekali lagi bakal menjadi bapa, kali ini pada usia 60 tahun!

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi A Rahman mengesahkan bahawa isteri beliau, Norhasniza Hassan sedang hamil sebulan.

Menerusi dua video yang dikongsi di laman Instagram beliau (IG), Amy berkongsi berita gembira itu dan berharap orang ramai dapat mendoakan kandungan isterinya.

Video pertama yang disertai kapsyen "Cuba teka apa itu?", menunjukkan dua alat ujian kehamilan dengan tanda positif hamil.

Tidak lama kemudian, Amy memuat naik satu lagi video, di mana isterinya sedang menjalani proses imbasan kehamilan di sebuah klinik.

Seorang wanita yang dipercayai doktor dilihat sedang menunjukkan gambar imbasan kandungan kepada isteri Amy.

Catatan kedua itu berbunyi: "Isteri saya mengandung sebulan. Yeahhhhh! Saya selalu berdoa bila umur saya 60 tahun nak sorang anak lagi. Doakan semoga saya berjaya," tulisnya.

Amy mempunyai lima orang anak, termasuk Nabila Huda (dari perkahwinan pertama), seorang dari perkahwinan ketiga dan tiga anak dari perkahwinan keempat, iaitu dengan Norhasniza Hassan.

Dengan adanya bayi terbaru itu bermakna, Amy bakal mempunyai enam orang anak dan jarak usia antara anak pertama beliau, Nabila Huda, dengan bayi yang bakal dilahirkan itu sekitar 35 tahun. Jarak usia antara anak tunggal Nabila dengan bakal pakcik atau makcik saudaranya itu pula sekitar sepuluh tahun. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan