Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Distopia, Karipap Haiz wakil S'pura di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2021

Setelah mengatasi rancangan-rancangan tempatan yang lain, antologi 'sci-fi' Distopia dan drama komedi Karipap Haiz akan mewakili Singapura bertanding dengan rancangan-rancangan serantau yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Distopia, Karipap Haiz wakil S'pura di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2021

(Gambar: Mediacorp Suria)

Diterbitkan : 05 Oct 2021 02:50PM Dikemas Kini : 05 Oct 2021 03:02PM

SINGAPURA: Dua rancangan Melayu, Distopia dan Karipap Haiz, dijulang sebagai pemenang tempatan bagi Anugerah Akademi Kreatif Asia 2021.

Antologi cereka sains dan drama komedi itu bakal bersaing dengan rancangan-rancangan lain dari rantau ini untuk merebut anugerah berprestij tersebut pada 2 dan 3 Disember ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh saluran Suria pada Isnin (5 Okt).

Anugerah Akademi Kreatif Asia (AAA) adalah anugerah tertinggi yang mengiktiraf kecemerlangan kreatif di rantau Asia Pasifik, menurut laman anugerah tersebut.

Yang terbaik dari yang terbaik daripada 16 negara yang mewakili industri kandungan rantau ini akan berhimpun di Singapura setiap Disember di mana negara ini akan menjadi tuan rumah kepada anugerah berprestij itu.

Tahun ini, Distopia terbitan Konxepz Productions, dinobat pemenang tempatan bagi tiga kategori: Lakon Layar Terbaik, Episod Drama/Telemovie/Antologi Terbaik dan Kesan Khas/Visual Terbaik dalam siri TV atau Filem.

Sementara itu, Karipap Haiz terbitan Papahan Films memenangi Program Asli Terbaik oleh Penstriman/'Over the Top' (rancangan ikut permintaan).

Kedua-dua rancangan itu bakal bersaing dengan rancangan-rancangan terbaik dari negara-negara seperti Jepun, Korea, Australia dan Malaysia yang terdiri daripada rancangan televisyen serta penerbitan khidmat penstriman seperti Netflix dan Viu.

Distopia adalah siri antologi cereka sains atau 'sci-fi' yang dibintangi oleh Nurul Aini, Fir Rahman dan Bella Putri.

Karipap Haiz yang dibintangi oleh Izzat Yusoff, Izyan Mellyna dan Suhaillah Salam memaparkan rancangan seorang perompak yang menjadi celaru apabila kedai karipap yang ditubuhkannya untuk mengalihkan perhatian orang ramai, tanpa diduga menjadi sungguh laris.

Kedua-dua rancangan itu boleh ditonton di meWatch dan saluran YouTube Drama Mediacorp.

 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan