Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Disney+ bakal dilancarkan di S'pura tahun depan

Disney+ Singapore akan menawakan penonton dengan enam jenama kandungan iaitu pasaran pertama global untuk melakukannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Disney+ bakal dilancarkan di S'pura tahun depan

(Petikan video: Saluran Disney Asia Tenggara)

Diterbitkan : 11 Dec 2020 11:41AM Dikemas Kini : 11 Dec 2020 11:43AM

SINGAPURA: Disney+ secara rasmi akan dilancarkan di Singapura. Syarikat itu mengumumkan pada Jumaat (11 Dis) khidmat penstriman itu akan tersedia mulai 23 Februari 2021.

Bagi menarik pengguna di Singapura, Disney akan mengenakan bayaran $11.98 sebulan (atau $119.98 setahun) yang akan menampilkan kandungan lebih 500 filem dan 15,000 episod.

Ini bermakna para pengguna dapat menikmati sajian kandungan termasuk kandungan khas Disney+ Originals yang eksklusif seperti The Mandalorian, WandaVision dari Marvel Studios, Hamilton dan juga Lady and the Tramp dari Disney serta Forky Asks a Question dari Disney dan Pixar.

Disney+ Singapore akan menawakan penonton dengan enam jenama kandungan iaitu pasaran pertama global untuk melakukannya. Enam jenama itu adalah Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan platform hiburan yang sudah lama bertapak di Asia, Star.

Ini bermakna beberapa filem 20th Century dan beberapa rancangan FX dapat disaksikan dalam khidmat penstriman itu.

Disney+ dengan Star juga menawarkan pelbagai kandungan umum hiburan termasuk Deadpool, How I Met Your Father, Family Guy, 9-1-1 dan banyak lagi. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan