Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Disney akan gugurkan nama 'Fox' daripada nama filem studio 20th Century

Disney akan menukar nama filem studio 20th Century Fox bagi mengasingkannya daripada aset-aset milik hartawan media, Rupert Murdoch, menurut laporan agensi media Amerika Syarikat pada Jumaat (17 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Disney akan gugurkan nama 'Fox' daripada nama filem studio 20th Century

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Jan 2020 11:08PM Dikemas Kini : 18 Jan 2020 11:09PM

NEW YORK: Disney akan menukar nama filem studio 20th Century Fox bagi mengasingkannya daripada aset-aset milik hartawan media, Rupert Murdoch, menurut laporan agensi media Amerika Syarikat pada Jumaat (17 Jan).

Tahun lalu, Disney memperoleh sebahagian besar aset kumpulan 21st Century Fox, termasuk studio perfileman itu manakala bekas pemiliknya, Encik Murdoch dan para pemegang saham menyimpan hak bagi beberapa saluran televisyen termasuk siaran berita Fox News.

Majalah Variety melaporkan syarikat hiburan gergasi itu memutuskan untuk menukar nama anak syarikatnya bagi menghapuskan segala kaitan dengan Fox akibat imej terlampau konservatif yang ditampilkan oleh Encik Murdoch dan saluran Fox news - iaitu sumber berita terpilih bagi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Keputusan Disney itu merupakan langkah simbolik bagi salah satu pengasas studio perfileman Hollywood - yang memulakan pengeluaran pada tahun 1914 dan bergabung dengan syarikat 20th Century Pictures pada tahun 1935.

Studio Fox Searchlight yang merupakan syarikat subsidiari 20th Century Fox akan dijenamakan semula menjadi Searchlight Pictures.

Menurut majalah Variety, Disney belum lagi memutuskan nasib studio-studio televisyen 20th Century Fox Television dan Fox 21 Television.

Disney tidak memberi respons kepada permohonan komen oleh AFP.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan