Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dikhabar ambil Nora jadi isteri kedua? Ini jawapan Annuar Musa

Menteri Wilayah Persekutuan Anuar Musa menyifatkan khabar angin kononnya beliau berkahwin dengan seorang penyanyi Malaysia, yang tular di media sosial sebagai fitnah yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Dikhabar ambil Nora jadi isteri kedua? Ini jawapan Annuar Musa

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 01:51AM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 01:52AM

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Anuar Musa menyifatkan khabar angin kononnya beliau berkahwin dengan seorang penyanyi Malaysia, yang tular di media sosial sebagai fitnah yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

Encik Annuar turut meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang turut menjejaskan reputasi pihak lain yang tidak berkaitan.

"Saya orang politik tak mengapalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit, tapi janganlah melibatkan orang lain yang juga ada keluarga.

“Setahu saya (penyanyi berkenaan) daripada keluarga yang cukup terhormat, saya kenal latar belakang mereka, kalau nak fitnah, libatkan saya sahaja jangan kaitkan orang lain," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak binaan blok tambahan Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz Kuala Lumpur pada Khamis (29 Apr).

Encik Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata setakat ini beliau tidak berniat untuk mengambil tindakan lanjut sebaliknya meminta pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan bermuhasabah.

"Bagaimanapun, saya doakan orang tersebut (penyebar) mengambil iktibar bulan Ramadan ini kurangkan lah perkara mungkar, saya tak nak marah-marah, elok sabar sajalah," katanya.

Sejak Rabu, tular di Twitter kononnya Encik Annuar, 65 tahun, dan penyanyi Nora Ariffin, 48 tahun, sudah bernikah sebagai isteri kedua, namun penyanyi berkenaan menafikan khabar angin tersebut.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan