Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dikatakan bubuh dadah dalam minuman Farid Kamil: 2 lagi artis diminta tampil

Teka-teki siapakah dua lagi individu yang dikatakan memasukkan dadah dalam minuman pelakon Farid Kamil terjawab apabila polis Malaysia meminta dua artis tersebut untuk menyerah diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Dikatakan bubuh dadah dalam minuman Farid Kamil: 2 lagi artis diminta tampil

Taj 'Innuendo' yang diminta tampil menyerah diri. (Gambar: Taj Addin/Facebook)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 04:44PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 04:53PM

SHAH ALAM: Teka-teki siapakah dua lagi individu yang dikatakan memasukkan dadah dalam minuman pelakon Farid Kamil terjawab apabila polis Malaysia meminta dua artis tersebut untuk menyerah diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis memberi tempoh sehingga Jumaat (9 Feb) buat Ahmad Tajuddin atau Taj dan Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan, lapor laman mStar.

Taj adalah anggota kumpulan Innuendo yang popular pada tahun 1990-an. Kumpulan itu dikenali dengan lagu Belaian Jiwa.

"Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Baru. Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat," kata Datuk Mazlan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (8 Feb).

Selain dua artis berkenaan, pelakon Sofi Jikan, 48 tahun, yang turut dikaitkan dengan kejadian tersebut sudahpun menyerah diri pada semalam (7 Feb) dan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja, menurut laporan mStar.

Pelakon KL Gangster itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 (S$1,700) atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja, lapor laman mStar.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan