Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Diana Ross minta tuduhan ke atas Michael Jackson dihentikan 'atas nama cinta'

Penyanyi legenda Diana Ross menunjukkan sokongan kepada mendiang Michael Jackson dengan meminta para peminat supaya "stop in the name of love" (berhenti atas nama cinta).

Anggaran Waktu Membaca:
Diana Ross minta tuduhan ke atas Michael Jackson dihentikan 'atas nama cinta'

Penyanyi Diana Ross disebut dalam wasiat Michael Jackson sebagai salah seorang penjaga bagi ketiga-tiga anaknya. (Gambar: Robyn Beck/AFP)

Diterbitkan : 25 Mar 2019 02:43PM Dikemas Kini : 25 Mar 2019 02:50PM

WASHINGTON: Penyanyi legenda Diana Ross menunjukkan sokongan kepada mendiang Michael Jackson dengan meminta para peminat supaya "stop in the name of love" (berhenti atas nama cinta).

Sebuah filem dokumentari HBO berjudul 'Leaving Neverland', yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi, menampilkan dua lelaki yang mendakwa diri mereka dirogol oleh Michael Jackson ketika mereka kecil. Ia mencetuskan semula dakwaan mengenai salah laku seksual oleh bintang pop tersebut.

"Saya percaya dan yakin bahawa Michael Jackson ialah seseorang yang hebat dan luar biasa pada saya dan ramai lagi," kata Ross menerusi catatan Twitter pada Ahad (24 Mac).

Dalam catatan Twitternya, Ross merujuk kepada lagu popularnya pada 1965 ketika beliau menjadi penyanyi utama kumpulan The Supremes. Jackson dan Ross banyak kali membuat persembahan secara bersama, dan merupakan sahabat rapat sebelum kematian Jackson pada usia 50 tahun pada 2009.

Malah, penyanyi berusia 74 tahun itu turut disebut dalam wasiat Jackson sebagai salah seorang penjaga bagi ketiga-tiga anaknya.

Menyusuli dakwaan baru itu, Rock And Roll Hall of Fame mengesahkan pada Ahad (24 Mac) bahawa ia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menarik balik gelaran itu ataupun sebarang memorabilia Jackson daripada muzium di Cleaveland itu.

Mendiang dilantik menganggotai kumpulan Jackson 5 pada 1997 dan menjadi penyanyi solo pada 2001.

Dalam dokumentari 'Leaving Neverland', Wade Robson dan James Safechuck mendakwa bahawa Jackson bukan setakat mendera mereka secara seksual ketika mereka berusia kecil, namun penyanyi itu juga didakwa mempengaruhi mereka untuk mempercayai bahawa penderaan adalah sesautu yang biasa.

Pada awal bulan ini, laman berita hiburan Vulture melaporkan bahawa estet Jackson secara tegas menolak "dua dakwaan palsu" itu dan sedang dalam proses memfailkan saman terhadap HBO. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan