Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dayang Nurfaizah, Sanisah Huri, Sufi Rashid antara artis hebat Sinaran Hati 2019

Penyanyi terkenal dari seberang tambak Dayang Nurfaizah akan menyertai barisan artis tempatan dalam acara amal tahunan Sinaran Hati 2019 pada 15 November ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Dayang Nurfaizah, Sanisah Huri, Sufi Rashid antara artis hebat Sinaran Hati 2019

Penyanyi terkenal dari seberang tambak Dayang Nurfaizah akan menyertai barisan artis tempatan dalam acara amal tahunan Sinaran Hati 2019.

BERITAmediacorp: Penyanyi terkenal dari seberang tambak Dayang Nurfaizah akan menyertai barisan artis tempatan dalam acara amal tahunan Sinaran Hati 2019 pada 15 November ini.

Konsert tersebut adalah sebahagian daripada kempen amal selama tiga bulan untuk mengumpul dana bagi membolehkan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) terus membantu keluarga berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan.

Sinaran Hati 2019 akan disiarkan secara langsung di Suria dan Toggle, bermula 8.30 malam pada 15 November. Konsert tersebut akan diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Halimah Yacob selaku tetamu terhormat.

Barisan artis yang akan membuat persembahan termasuk penyanyi veteran Singapura Sanisah Huri, Isnina, Daly Filsuf, Rahila Rashun, Iskandar Ismail, Sufi Rashid dan para finalis Juara Mic Junior.

Acara selama dua jam itu akan menampilkan Khairudin Samsudin, Huda Ali dan Fadli Kamsani sebagai pengacara.

Tiket berharga S$28 akan dijual di First Lady di Tanjong Katong Complex. Hasil penjualannya akan disalurkan kepada Dana TAA.

Anda juga boleh menderma menerusi dua talian khas TAA, 1900-112-9050 bagi sumbangan S$50 atau 1900-112-9010 bagi sumbangan S$10. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan