Images
  • david blaine
    David Blaine (Gambar: AFP/Emmanuel Dunand)

David Blaine bakal lakukan aksi nekad pertama secara langsung di YouTube

AMERIKA SYARIKAT: Selepas hampir sedekad, ahli silap mata dan aksi nekad dari Amerika Syarikat, David Blaine bakal membuat pertunjukan pertamanya secara langsung pada 31 Ogos ini dan disiarkan di saluran rasmi YouTube beliau.

Acara yang akan berlangsung selama beberapa jam itu, diberi nama 'Ascension' atau Kebangkitan, akan menyaksikan Blaine mengikat dirinya pada belon-belon helium dan cuba mengapungkan dirinya merentasi Sungai Hudson dari New Jersey ke New York.

“Aksi ini sudah dirancang sejak 10 tahun lalu. Ayuh gantikan rasa gusar dengan kegembiraan dan mekarkan silap mata," tulis Blaine di Twitter.

Persembahan eksklusif tajaan syarikat telko Verizon itu, dianjurkan bersama-sama YouTube Originals, yang semakin melabur dalam acara langsung serta program yang menampilkan selebriti dan personaliti terkenal.

Sejak sekian lama, persembahan silap mata Blaine disiarkan di rangkaian televisyen, namun aksi beliau juga turut menarik ikutan jutaan penggiat silap mata dan peminat secara online.

Persembahannya yang menampilkan CEO Amazon Jeff Bezos misalnya berjaya menarik tiga juta tontonan di YouTube.

- AFP/TQ/tq

Top