Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Datuk Seri Vida rugi besar selepas produk jualan rosak dalam ribut

Jutawan kosmetik Dr Hasmiza Othman mengalami kerugian kira-kira RM100,000 (S$33,000) apabila produk jualannya mengalami kerosakan setelah khemah di gudang penyimpanan barang di Jelapang 2 roboh akibat ribut yang melanda.

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk Seri Vida rugi besar selepas produk jualan rosak dalam ribut

Gambar fail Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida pada April 2017. (Gambar: Instagram/ Dato Seri Vida)

Diterbitkan : 07 Jan 2019 05:14PM Dikemas Kini : 07 Jan 2019 05:29PM

IPOH: Jutawan kosmetik Dr Hasmiza Othman mengalami kerugian kira-kira RM100,000 (S$33,000) apabila produk jualannya mengalami kerosakan setelah khemah di gudang penyimpanan barang di Jelapang 2 roboh akibat ribut yang melanda.

Dr Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata semasa kejadian berlaku kira-kira pukul 4.00 petang semalam (6 Jan), 10 orang pekerja yang berada di khemah tersebut sedang membuat kerja manakala beliau dalam perjalanan ke gudang tersebut.

"Semalam hujan lebat dan tiba-tiba angin kuat sehinggakan khemah di gudang roboh dan menghempap barang jualan.

“Pekerja saya yang berada di khemah sempat menyelamatkan diri, namun barang yang banyak di khemah seperti skincare, produk minuman, tidak dapat diselamatkan dan rosak," katanya.

Beliau menambah, beberapa cermin serta bumbung di gudang yang beroperasi setahun lebih itu turut mengalami kerosakan kerana terkena besi khemah berkenaan.

"Walaupun kejadian itu berlaku, para pelanggan tetap memberi sokongan dan datang ke gudang membeli produk saya,” katanya.

Menurut DSV lagi, produk jualan yang diletakkan di khemah tersebut adalah untuk mempromosikan jualan murah yang dibuat selama tiga hari sejak Jumaat (4 Jan).

Hujan lebat pukul 3.30 petang semalam (6 Jan) menyebabkan kira-kira 20 rumah di Gugusan Manjoi, mengalami kerosakan teruk dan ada penduduk yang terpaksa dipindahkan sementara ke surau Kampung Kolam.

Kejadian ribut juga melanda di kawasan Bagan Serai dengan enam rumah di Kampung Pusat Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Merah mengalami kerosakan teruk, manakala 10 lagi rosak di bahagian bumbung. 

Sumber : Bernama/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan