Images
  • neelofa gf
    (Gambar: @neelofa/@sharnaazahmad/Instagram)

Datuk Neelofa meninggal dunia

MALAYSIA: Keluarga pelakon dan pengacara terkenal Neelofa berduka selepas pemergian datuknya semalam (20 Nov).

Perkara itu disahkan oleh Neelofa sendiri melalui kiriman InstaStory pada awal pagi tadi (21 Nov).

Sebelum ini, Neelofa beberapa kali berkongsi tentang keadaan datuknya yang sakit melalui InstaStory. Pelakon Sharnaaz Ahmad, abang ipar kepada pelakon Ti Amo Sweetheart 100 Hari itu, memuat naik satu catatan di Instagram yang meminta orang ramai supaya mendoakan datuk isterinya diberikan "kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan".

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan penyakit Allahyarham.

"In shaa Allah muga Allah & Rasulullah saw menyambut Abah dengan gembira di hari mulia Baginda Nabi. Hari Lahirnya Nabi & Hari wafatnya Nabi. Allah menjemput Noor Mohamed Bersama dgn hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah ~ Nabi Muhammad. Al Fatihah," tulis Neelofa.

Tidak lama selepas itu, Neelofa memuat naik tiga video yang merakam detik-detik manis beliau bersama datuknya, termasuk ketika beliau di Tanah Suci.

"Abah antara orang pertama yang saya tidak sabar jumpa setiap kali balik ke Kelantan. Dan kini, Abah sudah tiada lagi."  

- BERITAmediacorp/aq

Top