Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Datuk K terkilan gambar anak tersebar

Meskipun Dr Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) mengesahkan gambar bayi yang dipangku seorang wanita yang viral online adalah anaknya, beliau melahirkan rasa terkilan terhadap sikap tidak bertanggungjawab pihak yang menyerbarkannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk K terkilan gambar anak tersebar

Gambar wajah bayi Siti Nurhaliza yang tersebar di media sosial. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 20 Mar 2018 03:16PM Dikemas Kini : 20 Mar 2018 03:39PM

KUALA LUMPUR: Meskipun Dr Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) mengesahkan gambar bayi yang dipangku seorang wanita yang viral online adalah anaknya, beliau melahirkan rasa terkilan terhadap sikap tidak bertanggungjawab pihak yang menyerbarkannya.

Beberapa jam selepas sekeping gambar yang didakwa sebagai cahayamatanya tersebar online, beliau meluahkan perasaan tidak senang hati kepada Berita Harian Malaysia.

“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami”

“Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Sebelum ini, Berita Harian Malaysia melaporkan bahawa Fatimah Az-Zahra dipilih sebagai panggilan sementara untuk bayi perempuan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

Datuk K baru-baru ini pula menambah bahawa nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut sunnah nabi.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan