Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

COVID-19: Personaliti terkenal India kirim kata semangat kepada pekerja asing di S'pura

Bintang filem terkenal India Rajinikanth dan legenda sukan kriket Sachin Tendulkar mengirimkan ucapan muhibah kepada para pekerja asing di Singapura yang berdepan dengan situasi COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Personaliti terkenal India kirim kata semangat kepada pekerja asing di S'pura

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Apr 2020 02:01PM Dikemas Kini : 17 Apr 2020 02:10PM

SINGAPURA: Bintang filem terkenal India Rajinikanth dan legenda sukan kriket Sachin Tendulkar mengirimkan ucapan muhibah kepada para pekerja asing di Singapura yang berdepan dengan situasi COVID-19.

Para pekerja asing di Singapura - ramai daripadanya warga India - terjejas teruk akibat virus tersebut, dengan beberapa dormitori pekerja asing yang kini dalam kuarantin.

Dalam rakaman video pada Khamis (16 April) pemain kriket Tendulkar memberi amaran tentang cabaran kesihatan besar yang timbul akibat COVID-19, yang telah dijangkiti hampir 4,500 orang di Singapura dengan 10 terkorban.

"Keselamatan berada dalam tangan kita - tangan anda dan tangan saya," kata pemain pemukul yang juga pemegang rekod dunia itu.

"Dengar nasihat Pemerintah berhubung norma keselamatan yang betul. Sentiasa amalkan jarak selamat.

"Duduk di rumah, jaga kesihatan. Mari kita semua bersama-sama atasi cabaran ini."

Pesanan Tendulkar selepas bintang filem India Selatan Shivaji Rao Gaekwad - yang lebih dikenali sebagai Rajinikanth atau Rajni - mengucapkan selamat kepada warga negaranya yang bekerja di rantauan pada Tahun Baru Tamil pada Selasa.

"Bagi saudara-mara dan ahli keluarga anda yang tinggal berjauhan, mereka hanya memikirkan anda," katanya dalam bahasa Tamil dalam satu rakaman video.

"Di negara mana pun anda berada, patuhi batasan-batasan yang diperuntukkan Pemerintah negara itu dan lindungi diri anda. Inilah hadiah terbesar yang boleh anda berikan kepada saudara-mara dan keluarga anda di Tahun Baru ini.

"Jalani hidup dengan baik, jangan risau, ini akan berlalu," tambahnya.

Mesej-mesej itu dibuat atas permintaan Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran, yang mengucapkan terima kasih kepada bintang-bintang itu di Facebook atas ucapan COVID-19 mereka.

"Terima kasih banyak-banyak kepada Encik Rajinikanth, bintang filem Tamil yang terkenal, kerana memenuhi permintaan saya untuk merakam pesanan COVID-19 ini. Ia adalah pesanan ikhlas yang disampaikan dalam gaya uniknya," kata Encik Iswaran,

Pesanan Encik Tendulkar akan "membawa makna yang besar bagi semua peminat sukan ini, terutama para pekerja asing kita, untuk mendengar dari idola kriket mereka," tambah Encik Iswaran.

"Saya harap pesanan daripada Sachin ini akan membantu meningkatkan semangat mereka dalam tempoh pemutus jangkitan ini. Jaga diri dan jaga kesihatan. Bersama-sama, kita boleh dan akan mengatasinya!"


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan