Images
  • chris
    Chris Brown. (Gambar: Jason Merritt/AFP)

Chris Brown selepas dibebaskan tuduh wanita Paris pembohong

PARIS: Setelah ditahan di Paris awal semalam (22 Jan) atas dakwaan rogol, penyanyi R&B Chris Brown menyelar individu yang menuduhnya di Instagram.

Brown, 29 tahun, dibebaskan daripada tahanan polis bersama dua orang lain yang dipercayai pengawal peribadinya dan seorang teman, menurut pejabat pendakwa bandar. Polis masih menyiasat kes tersebut.

Pihak yang menuduh Brown ialah seorang wanita 29 tahun yang mendakwa beilau dirogol di bilik hotel Brown di Mandarin Oriental pada malam 15 Jan.

Menurut Sky News, beliau bertemu Brown dan rakan-rakannya di kelab Le Crystal di barat laut Paris.

Sejurus beliau dibebaskan, Brown memuat naik satu grafik di akaun Instagramnya dalam huruf besar yang berbunyi, "SAYA INGIN MENJELASKAN... INI PALSU DAN MENGARUT! BAGI ANAK PEREMPUAN DAN KELUARGA SAYA INI AMAT BIADAP DAN MELANGGAR KEPERIBADIAN DAN MORAL SAYA!!!"

Beberapa jam kemudian, Brown memuat naik dua lagi kiriman tanpa kapsyen; petikan-petikan gambar tajuk berita daripada penerbitan hiburan Complex and Variety yang melaporkan mengenai pembebasannya.

Sabitan kesalahan rogol di Perancis membawa hukuman penjara 15 tahun. 

- AFP/NA/na

Top