Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Captain Marvel raih AS$153 juta sejak ditayangkan

Captain Marvel, filem adiwira pertama oleh Marvel Cinematic Universe yang menampilkan seorang wanita sebagai watak utama, berjaya meraih kutipan pecah panggung.

Anggaran Waktu Membaca:
Captain Marvel raih AS$153 juta sejak ditayangkan

Captain Marvel cipta sejarah antara filem paling berjaya menampilkan watak utama wanita. (Gambar: Captain Marvel/Facebook)

Diterbitkan : 11 Mar 2019 03:24PM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 03:27PM

WASHINGTON: Captain Marvel, filem adiwira pertama oleh Marvel Cinematic Universe yang menampilkan seorang wanita sebagai watak utama, berjaya meraih kutipan pecah panggung.

Sejak mula ditayangkan pada hujung minggu lalu, filem tersebut sudahpun berjaya meraih pendapatan AS$153 juta (S$208 juta) di dalam negara dan AS$455 juta (S$618 juta) secara global, menurut laporan Daily Mail.

Pelakon Amerika Syarikat, Brie Larson, membintangi Captain Marvel terbitan Disney dan Marvel Studios. Ia kini merupakan antara filem paling berjaya dengan watak utama dimainkan oleh seorang wanita.

Malah, filem itu juga mencipta sejarah sebagai filem paling berjaya yang diarahkan atau diarahkan bersama oleh seorang wanita. Ia diterajui oleh Anna Boden dan Ryan Fleck, yang juga sama-sama menulis skrip filem.

"Dia tentunya mendorong kami untuk mencapai prestasi lebih baik," kata ketua pengedaran Disney Cathlee Taff mengenai Captain Marvel, seperti yang dipetik oleh Daily Mail.

Taff juga memuji Marvel kerana menguji batasan dalam pilihan projeknya.

Daily Mail turut memetik beliau sebagai berkata: "Mereka percaya bahawa jika anda menawarkan pelbagai perspektif dan pengalaman di depan dan belakang kamera, anda boleh mencipta filem dan kisah yang lebih menarik."

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan