Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Caprice tunai hasrat jalankan misi kemanusiaan di Gaza

Meski mendapat kebenaran pada saat akhir, penyanyi rap Malaysia, Caprice tetap menunaikan hasratnya untuk ke Gaza di Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
Caprice tunai hasrat jalankan misi kemanusiaan di Gaza

Gambar-gambar: Instagram/Caprice

Diterbitkan : 25 Jun 2021 12:08PM Dikemas Kini : 25 Jun 2021 12:20PM

PETALING JAYA: Meski mendapat kebenaran pada saat akhir, penyanyi rap Malaysia, Caprice tetap menunaikan hasratnya untuk ke Gaza di Palestin.

Asalnya, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33 tahun merancang untuk pergi ke Gaza pada awal Jun tetapi terpaksa menangguhkan penerbangannya disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata dalam satu catatan Instagram Story pada Khamis (24 Jun) bahawa beliau tidak akan menoleh ke belakang demi membawa misi kemanusiaan buat penduduk wilayah itu.

“Saya diberitahu, bila dah (pasang) niat ke Gaza, jangan patah balik,” tulis beliau.

Caprice malam semalam berkongsi sebuah rakaman klip video berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menyatakan beliau mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa untuk meninggalkan negara.

Video itu memaparkan anak muda itu berjalan melalui dewan pelepasan memakai sut, tali leher dan mafla dengan hiasan bendera Palestin.

Selebriti media sosial itu lantang dalam mempertahankan nasib penduduk Palestin. Sekitar bulan lalu misalnya, Caprice berdebat dengan seorang wanita Israel yang juga tentera Pasukan Pertahanan Israel (IDF) tentang punca krisis yang melibatkan negaranya dan Palestin, lapor Kosmo Online.

“Maafkan segala salah dan silap, halalkan makan dan minum. Insya Allah satu hari nanti, saya akan buat anda semua bangga.

“Demi ummah, rakyat, negara. #rapatkansaf2040,” kata beliau.

Penyanyi itu mengikut jejak aktivis kemanusiaan dan juga pendakwah bebas Ebit Lew, yang pada 25 Mei lalu, berangkat ke Mesir dengan satu rombongan kemanusiaan.

Beliau kemudian dilaporkan Astro Awani berjaya memasuki Gaza pada 29 Mei dengan membawa treler-treler berisi ubat-ubatan ke hospital-hospital di sana.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan