Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bunga Citra Lestari rakam '12 Tahun Terindah' sebagai teman hidup Ashraf Sinclair

Bunga Citra Lestari, juga dikenali dengan nama ringkas BCL, mengungkap rasa kesunyian dan kebingungannya setelah ditinggal sang suami, Ashraf Sinclair, melalui sebuah lagu yang berjudul '12 Tahun Terindah'.

Anggaran Waktu Membaca:
Bunga Citra Lestari rakam '12 Tahun Terindah' sebagai teman hidup Ashraf Sinclair

Penyanyi Indonesia, Bunga Cintra Lestari, bersama allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair. (Gambar: bclsinclair/Instagram)

Diterbitkan : 20 Jul 2020 12:26PM Dikemas Kini : 20 Jul 2020 12:27PM

JAKARTA: Bunga Citra Lestari, juga dikenali dengan nama ringkas BCL, mengungkap rasa kesunyian dan kebingungannya setelah ditinggal sang suami, Ashraf Sinclair, melalui sebuah lagu yang berjudul '12 Tahun Terindah'.

Selama hampir lima bulan, BCL memilih untuk berdiam diri di rumah dan menyepi daripada kerjayanya sebagai seorang penyanyi termasuk di media sosial. Beliau mengambil masa itu untuk cuba memahami situasi, berdamai dengan keadaan dan mencari ketenangan dengan menulis demi mencurahkan segala perasaannya setelah terpisah dengan arwah suaminya yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Salah satu tulisan BCL kemudian dikembangkan menjadi sebuah lagu bersama Ifa Fachir dan diberi judul '12 Tahun Terindah'.

Lagu itu mengandungi ungkapan jujur BCL atas kesepian dan kebuntuhannya menghadapi hari tanpa teman hidupnya.

"Lagu ini menceritakan tentang kebingungan saya menghadapi hari-hari baru. Di saat hidup berubah dalam waktu yang begitu cepat, tanpa peringatan, dan mahu tidak mahu harus tetap dijalani," ujar BCL melalui luahannya pada Isnin (20 Jul).

BCL menambah: "Di momen kehidupan ini juga, saya berusaha melihat lagi tahun-tahun yang sudah saya lewati bersama Ashraf dan saya merasa bersyukur kerana Tuhan memberikan saya 12 Tahun Terindah bersama Ashraf. Melalui suka dan duka dalam cinta, yang membuat saya percaya kalau cinta itu ada."

Lagu '12 Tahun Terindah' adalah karya yang menjadi sebahagian daripada proses pemulihan penyanyi Indonesia itu menghadapi pemergian Ashraf. Ia juga pengalaman pertama BCL dalam menulis lirik lagu.

Proses pembikinan lagu, dari merakam demo ke mengadakan pelbagai perbincangan kreatif hinggalah rakaman itu sendiri, semuanya dilakukan sendiri di studio kecil yang dibangunkan di rumahnya dengan bantuan sebuah pasukan secara maya.

Lagu '12 Tahun Terindah' yang dikeluarkan bersamaan dengan video muzik rasmi - disunting oleh Adam Sinclair iaitu adik kandung Ashraf - sudahpun ditayangkan pada tanggal 19 Julai 2020 di saluran YouTube It's Me BCL. Lagu itu boleh dinikmati di seluruh wadah digital mulai 24 Julai ini. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan