Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

BTS bakal lancar album terakhir siri ‘Love Yourself’ Ogos depan

Album ‘Love Yourself: Answer’ memuatkan 7 lagu baru BTS

Anggaran Waktu Membaca:
BTS bakal lancar album terakhir siri ‘Love Yourself’ Ogos depan

Kumpulan K-pop, BTS. (Gambar: PHILIPPE LOPEZ / AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 12:51AM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 01:00AM

SINGAPURA: Kumpulan sensasi K-pop, BTS bakal melancarkan satu album baru - yang keempat dan terakhir dalam siri ‘Love Yourself’ pada bulan depan.

BTS mengumumkan demikian menerusi akaun Twitter rasmi mereka. Menurut pihak media Korea Selatan, pelancaran album itu dijadualkan pada 24 Ogos depan.

Agensi berita Yonhap News yang menukil agensi pengurusan Big Hit Entertainment melaporkan bahawa ‘Love Yourself: Answer’ adalah koleksi tujuh buah lagu baru dan lagu-lagu BTS yang dilancarkan sebelum ini.

Tempahan bagi album tersebut bermula pada Rabu (18 Jul).

Album ketiga siri tersebut, ‘Love Yourself: Tear’ baru sahaja dilancarkan pada bulan Mei lalu. Album berkenaan menjadi album pertama K-pop yang mengungguli carta Billboard 200.

Awal dari itu Coca-Cola Korea mengumumkan bahawa ia akan melancarkan tin-tin dan botol-botol minuman edisi khas yang memaparkan gambar-gambar tujuh anggota BTS, pada hujung bulan ini. 

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan