Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

BTS artis bukan negara Arab pertama adakan konsert di Saudi

Buat pertama kali dalam sejarah, artis bukan dari negara Arab mengadakan konsert di Arab Saudi, menerusi penampilan hebat kumpulan K-Pop sensasi BTS yang berlangsung di Riyadh pada Jumaat (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
BTS artis bukan negara Arab pertama adakan konsert di Saudi

Kumpulan K-Pop, BTS. (Gambar: BTS/Facebook)

Diterbitkan : 13 Oct 2019 10:38AM Dikemas Kini : 13 Oct 2019 10:42AM

RIYADH: Buat pertama kali dalam sejarah, artis bukan dari negara Arab mengadakan konsert di Arab Saudi, menerusi penampilan hebat kumpulan K-Pop sensasi BTS yang berlangsung di Riyadh pada Jumaat (11 Okt).

Agensi berita Yonhap melaporkan kumpulan popular Korea Selatan itu membuat persembahan di Stadium Raja Fahd Antarabangsa selama hampir tiga jam.

Konsert itu turut diserikan nyanyian lagu selamat hari jadi sempena ulang tahun kelahiran seorang daripada anggota BTS, Jimin yang jatuh pada hari Ahad (13 Okt).

Konsert di Arab Saudi itu merupakan aksi di luar negara terakhir bagi BTS selepas persembahan di beberapa bandar utama di Amerika, London, Paris dan Jepun.

Jelajah dunia itu akan diakhiri dengan konsert di Seoul pada 26, 27 dan 29 Oktober.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan