Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

BTS antara 25 tokoh Internet paling berpengaruh 3 tahun berturut-turut

Kumpulan sensasi K-pop, BTS tersenarai sebagai 25 orang paling berpengaruh di Internet untuk tahun ketiga berturut-turut, lapor agensi berita Yonhap.

Anggaran Waktu Membaca:
BTS antara 25 tokoh Internet paling berpengaruh 3 tahun berturut-turut

Kumpulan sensasi K-pop, BTS. (Gambar: @bts.bighitofficial/Instagram)

Diterbitkan : 18 Jul 2019 11:35PM Dikemas Kini : 18 Jul 2019 11:39PM

SEOUL: Kumpulan sensasi K-pop, BTS tersenarai sebagai 25 orang paling berpengaruh di Internet untuk tahun ketiga berturut-turut, lapor agensi berita Yonhap.

Turut tersenarai dalam majalah Time keluaran terbaru itu ialah Presiden Donald Trump, artis Amerika Syarikat Ariana Grande dan Cardi B serta keluarga diraja Britain, Putera Harry dan isteri Meghan Markle.

BTS satu-satunya artis Korea yang dimasukkan dalam senarai itu sejak 2017, menurut agensi pengurusan kumpulan itu Big Hit Entertainment.

Kumpulan itu dianggotai RM, J-Hope, Suga, Jung Kook, Jimin, Jin and V.

Tahun ini adalah tahun kelima majalah itu mengumpulkan senarai 25 orang paling berpengaruh di Internet, yang dinilai berdasarkan kesan yang dicetuskan oleh media sosial di arena antarabangsa dan keupayaan secara keseluruhan untuk memacu berita.

Kehebatan kumpulan BTS tidak terhad kepada Internet sahaja.

Disember lalu, satu tinjauan mendapati bahawa BTS - ringkasan untuk 'Bangtan Sonyeondan' atau 'Pengakap Kalis Peluru' - adalah salah satu eksport muzik paling terkenal dan berharga bagi Korea Selatan.

Kumpulan itu menyumbang lebih daripada AS$3.6 bilion (S$4.95 bilion) kepada ekonomi negaranya setiap tahun - sama nilainya dengan sumbangan 26 syarikat bersaiz sederhana, menurut Institut Penyelidikan Hyundai.

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan