Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Bos Susu' sedia jadi penaja Gegar Vaganza musim akan datang

Penaja Gegar Vaganza 6 (GV6), Farm Fresh Sdn Bhd, bersedia untuk menaja musim selanjutnya program realiti nyanyian itu. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Azmi Zainal, kepada media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Bos Susu' sedia jadi penaja Gegar Vaganza musim akan datang

Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Sdn Bhd (kiri) Encik Azmi Zainal sedia menaja bagi musim selanjut GV. (Gambar: Azmi Zainal/Facebook)

Diterbitkan : 29 Dec 2019 01:40PM Dikemas Kini : 29 Dec 2019 01:41PM

SERDANG: Penaja Gegar Vaganza 6 (GV6), Farm Fresh Sdn Bhd, bersedia untuk menaja musim selanjutnya program realiti nyanyian itu. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Azmi Zainal, kepada media tempatan.

Kemunculan syarikat itu mendapat reaksi positif dalam kalangan penonton GV6. Ramai menaruh harapan agar syarikat tenusu terkemuka Malaysia itu akan terus menjadi penaja konsert berkenaan.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini, Encik Azmi berkata pihaknya berbesar hati untuk menaja Gegar Vaganza pada musim akan datang.

Beliau menambah, konsep kongsi rezeki yang diperkenalkan syarikat itu sudah menyuntik kelainan pada musim keenam program tersebut.

"Farm Fresh dan saya, kami berbesar hati untuk menaja program realiti terbaik di Malaysia (Gegar Vaganza), dan kita bawakan nilai-nilai yang baik dalam konsert Gegar Vaganza," kata Encik Azmi kepada Astro Awani.

“Jadi untuk tahun hadapan, InsyaAllah kita sedia (menaja) untuk satu tahun lagi dan kita tengok sejauh mana Farm Fresh dan Gegar Vaganza boleh pergi (memberi kesan),” tambah beliau semasa ditemui media tempatan pada Sabtu (28 Dis).

Encik Azmi atau lebih mesra dikenali sebagai 'Bos Susu' menerima pujian daripada netizen sepanjang konsert GV6 berlangsung. Kebanyakannya senang hati dengan perwatakan dan teknik pemasaran yang digunakan oleh penaja GV6 itu.

Dalam beberapa musim Gegar Vaganza sebelum ini, program pertandingan itu sering menerima tajaan daripada beberapa syarikat kosmetik dan kecantikan. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan