Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bos saluran Suria, Sabariah Ramilan kongsi antara rancangan unik TV Melayu tahun ini

Tahun 2020 ini, saluran Suria menyambut ulang tahunnya yang ke-20. Bagi meraikan pencapaian satu-satunya saluran televisyen Melayu itu sepanjang dua dekad lalu, pelbagai acara dan rancangan baru akan disajikan sebagai tanda terima kasih di atas sokongan para penonton setia.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tahun 2020 ini, saluran Suria menyambut ulang tahunnya yang ke-20.

Bagi meraikan pencapaian satu-satunya saluran televisyen Melayu itu sepanjang dua dekad lalu, pelbagai acara dan rancangan baru akan disajikan sebagai tanda terima kasih di atas sokongan para penonton setia.

Sepanjang 20 tahun lalu, Suria banyak membawakan program-program hebat lagi bermutu tinggi buat penonton Melayu Singapura bagi pelbagai lapisan usia. Bahkan sebilangan program terbitannya, berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij di peringkat rantau dan antarabangsa.

"Kami telahpun bergabung tenaga dengan ramai artis dan pihak karyawan dan pihak penerbit untuk menerbitkan rancangan-rancangan yang telahpun diiktirafkan dalam anugerah-anugerah antarabangsa seperti Anugerah Pelangi, Anugerah Akademi Kreatif Asia, Anugerah Televisyen Asia, Anugerah Apollo dan Anugerah Venice," kata Ketua Audiens Melayu & Eaglevision Mediacorp, Cik Sabariah Ramilan, tentang pencapaian Suria.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke 20 tahun ini, para penonton boleh menjangkakan beberapa program dan drama terbaru buat seisi keluarga.

SIRI BARU UNIK GABUNGKAN WATAK DRAMA-DRAMA POPULAR

Antara yang menarik ialah siri drama baru lagi unik berjudul 'Couple Cosmo' yang menggabungkan watak-watak dari siri-siri drama popular di Suria sepanjang dua dekad.

Idea luar biasa itu dijangka mengembalikan nostalgia dan kenangan manis sebilangan penonton kepada drama-drama menarik yang pernah disiarkannya.

"Drama ini mengetengahkan watak-watak yang kami gabungkan dari tiga drama yang popular di Suria sepanjang 20 tahun termasuk Atas Heights, Anak Metropolitan dan juga Menantu International.

"Watak-watak ini akan bergabung di sebuah jalan cerita yang baru dan kami juga akan mengundang watak-watak drama popular yang lain seperti 6x7, Kisah Tok Kadi dan sebagainya," kata Cik Sabariah.

Dengan kepelbagaian rancangan yang ditawarkan serta kemudahan menontonnya secara online menerusi Toggle, apa lagi harapan Cik Sabariah?

"Saya ingin melihat lebih banyak kolaborasi yang dipertingkatkan di antara karyawan-karyawan kreatif dan juga artis di peringkat Singapura dan juga di peringkat luar negara kerana kita dapat menjimatkan dari segi tenaga ataupun kos penerbitan tapi juga dapat meningkatkan atau bertukar-tukar pendapat ataupun kemahiran ataupun daya kreatif," jawab beliau.

Dalam pada itu, sebagai sebahagian usaha mendekati para peminat, Suria juga bakal menganjurkan dua acara mega iaitu Roadshow Suria 2020 pada 1 Februari dan Suria Elektra 2020 pada 7 Februari. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan