Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bos AirAsia Tony Fernandes lebih dikagumi berbanding David Beckham

Selepas berjaya melakar nama dalam senarai Individu Paling Dikagumi di Dunia 2018 atau 'World's Most Admired 2018' menerusi kategori negara Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes berseloroh mahu pencen.

Anggaran Waktu Membaca:
Bos AirAsia Tony Fernandes lebih dikagumi berbanding David Beckham

Gambar-gambar Instagram @tonyfernandes dan @davidbeckham.

Diterbitkan : 14 Apr 2018 04:01PM Dikemas Kini : 14 Apr 2018 04:12PM

KUALA LUMPUR : Selepas berjaya melakar nama dalam senarai Individu Paling Dikagumi di Dunia 2018 atau 'World's Most Admired 2018' menerusi kategori negara Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes berseloroh mahu pencen.

Astro AWANI melaporkan beliau yang berjaya menduduki tangga keempat dengan 7.7 peratus senarai tersebut 'mencaras' nama selebriti terkenal, David Beckham yang berada di tangga kesembilan dengan catatan 4.4 peratus.

Menerusi catatan terbarunya di Instagram, Tony Fernandes juga berkata bahawa kini beliau sedang 'bercuti' selepas sekian lama tidak bercuti.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh YouGov, sebuah pertubuhan pengundian di Britain yang membuat tinjauan di 35 negara. Ia disertai lebih 35,000 responden bagi tahun ini.

Keputusan yang dicatatkan berdasarkan gabungan jawapan menerusi dua soalan – sama ada responden kagumi nama-nama besar tersebut dan adakah nama-nama besar itu merupakan orang yang paling mereka kagumi.

Dalam pada itu, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menduduki tangga pertama dengan 15 peratus untuk kategori lelaki di Malaysia.

Pengasas Microsoft, Bill Gates, mencatat 8.3 peratus di tangga kedua dan Jackie Chan pula di tangga ketiga dengan 7.7 peratus.

Bagi kategori wanita pula, penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menduduki tangga pertama dengan 14.1 peratus dan di tempat kedua, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dengan catatan 10.1 peratus manakala pelakon dan usahawan Neelofa di tangga ketiga dengan 7.4 peratus.

Astro AWANI turut melaporkan bahawa Siti Nurhaliza, menerusi catatan di Instagramnya turut berseloroh ingin pencen dan bercuti seperti Tony Fernandes tetapi perlu habiskan waktu berpantang terlebih dahulu.

Bagi kategori antarabangsa pula, Bill Gates dan pelakon serta Duta Khas Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Angelina Jolie berjaya mengekalkan kedudukan mereka di tangga pertama dalam kategori lelaki dan wanita.

Bagi kategori lelaki, Bill Gates mencatat 9.9 peratus di tangga pertama, mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di tangga kedua dengan 9.7 peratus dan Jackie Chan di tangga ketiga denga 5.5 peratus.

Bagi kategori wanita, Angelina Jolie mencatat 8.2 peratus, Michelle Obama dengan 8 peratus di tangga kedua dan di tangga ketiga, Oprah Winfrey dengan 7.1 peratus. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan