Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Black Widow ditangguhkan dek penularan COVID-19

Peminat filem Black Widow terpaksa menyimpan sementara hasrat untuk menonton filem tersebut kerana Disney pada Selasa (17 Mac) mengumumkan bahawa ia akan menangguhkan tayangan filem Marvel itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Black Widow ditangguhkan dek penularan COVID-19

(Gambar: Twitter/@blackwidow)

Diterbitkan : 19 Mar 2020 02:54PM Dikemas Kini : 19 Mar 2020 02:57PM

LOS ANGELES: Peminat filem Black Widow terpaksa menyimpan sementara hasrat untuk menonton filem tersebut kerana Disney pada Selasa (17 Mac) mengumumkan bahawa ia akan menangguhkan tayangan filem Marvel itu.

Menukil laporan Astro Awani, penangguhan tersebut dibuat menyusuli penularan COVID-19 yang menyebabkan beberapa syarikat penerbitan filem antarabangsa yang lain juga memutuskan untuk menangguhkan tayangan filem masing-masing.

Filem yang dibintangi pelakon terkenal Scarlett Johansson dijadual ditayangkan di pawagam pada 1 Mei. Namun, menyusuli berita penangguhan itu, syarikat penerbitan belum lagi mendedahkan tarikh baru bagi tayangannya.

Selain Black Widow, Disney turut menangguhkan tayangan filem The Personal History of David Copperfield dan The Woman in the Window, yang masing-masing dijadual ditayangkan pada 8 dan 15 Mei ini.

Filem adiwira wanita arahan Cate Shortland itu turut dibintangi pelakon David Harbour, Florence Pugh, O-T Fagbenle dan Rachel Weisz.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan