Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Black Panther filem pertama ditayangkan di Saudi; AMC dijangka buka 40 pawagam dalam masa 5 tahun

Arab Saudi membuka pawagamnya yang pertama dalam tempoh 35 tahun dengan tayangan privet filem "Black Panther" semalam (18 Apr), yang pertama dalam siri percubaan sebelum panggung wayang dibuka kepada orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2018 09:26AM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 09:11PM

RIYADH: Arab Saudi membuka pawagamnya yang pertama dalam tempoh 35 tahun dengan tayangan privet filem "Black Panther" semalam (18 Apr), yang pertama dalam siri percubaan sebelum panggung wayang dibuka kepada orang ramai.

Acara itu yang dihadiri oleh mereka yang diundang khas saja diadakan selepas kerajaan yang konservatif menarik balik pengharaman terhadap panggung wayang pada tahun lalu, dengan syarikat gergasi Amerika Syarikat AMC Entertainment diberikan lesen pertama untuk mengendalikan panggung wayang di negara itu.

Ketua eksekutif AMC Adam Aron berkata penjualan tiket akan bermula hari ini (19 Apr) dengan tayangan awam pertama pula akan diadakan esok (20 Apr).

Namun begitu, pihak berkuasa menyatakan bahawa tayangan ujian boleh memakan masa beberapa hari sebelum sistem tiket online dilancarkan secara rasmi. Para pegawai sebelum ini ada mengatakan bahawa panggung-panggung wayang dijangka dibuka kepada orang ramai pada bulan Mei.

"Ia adalah hari yang bersejarah buat AMC. Ia juga hari yang bersejarah buat negara anda," kata Encik Aron kepada para pegawai kerajaan dan industri.

"Inilah era filem boleh ditonton di Saudi dan bukan di Bahrain, bukan di Dubai, bukan di London... tetapi di negara ini," kata beliau sebelum tayangan "Black Panther".

Kumpulan tegar yang sekian lama menyifatkan panggung wayang sebagai tempat maksiat dan berdosa, memainkan peranan dalam penutupannya pada tahun 1980-an.

Langkah untuk membuka semula panggung wayang merupakan sebahagian daripada penyusunan semula Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Media tempatan Saudi menyatakan bahawa syarikat tersebut dijangka akan membuka 40 panggung wayang di sekitar 15 bandar Saudi dalam masa lima tahun akan datang. 

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan