Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Black Panther' filem adiwira pertama dicalonkan Anugerah Oscar

Filem pecah panggung Black Panther arahan Ryan Coogler, mencipta sejarah sebagai filem genre adiwira yang pertama menerima pencalonan bagi Filem Terbaik (Best Picture) bagi Anugerah Akademi atau lebih dikenali sebagai Anugerah Oscar.

Anggaran Waktu Membaca:
'Black Panther' filem adiwira pertama dicalonkan Anugerah Oscar

(Gambar: Black Panther/ Facebook)

Diterbitkan : 23 Jan 2019 07:48PM Dikemas Kini : 23 Jan 2019 07:55PM

AMERIKA SYARIKAT: Tidak kira sama ada anda seorang peminat komik Marvel atau DC, ataupun peminat filem adiwira secara amnya, berita ini pasti membuat anda gembira.

Filem pecah panggung Black Panther arahan Ryan Coogler, mencipta sejarah sebagai filem genre adiwira yang pertama menerima pencalonan bagi Filem Terbaik (Best Picture) bagi Anugerah Akademi atau lebih dikenali sebagai Anugerah Oscar.

Menurut laman Forbes, Black Panther merupakan filem adiwira solo terlaris yang pernah ditayangkan. Ia berjaya mengutip AS$1.3 bilion dari pawagam-pawagam merata dunia dan lebih AS$90 juta bagi penjualan DVD/Blu-ray di Amerika Syarikat.

Tiga daripada lapan calon Filem Terbaik bagi Anugerah Akademi ke-91 ini memaparkan individu bukan kulit putih yang memegang peranan utama. Lantaran itu, menurut Forbes, Black Panther dijangka akan menjadi salah satu titik tolak bagaimana studio-studio filem dan masyarakat secara amnya menyentuh isu kepelbagaian dalam filem adiwira.

Selain filem terbaik, filem yang dibintangi Chadwick Boseman dan Michael B. Jordan turut dicalonkan bagi tujuh kategori lain termasuk Lagu Original Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.

Filem Avengers: Infinity Wars, juga terbitan Marvel Studios, dicalonkan bagi Kesan Visual ("Visual Effect") Terbaik.

Setelah mencipta sejarah sebagai filem pertama ditayangkan di Arab Saudi, adakah Black Panther akan sekali lagi mencatat sejarah dengan memenangi Filem Terbaik nanti? 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan