Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang YouTube terbunuh ketika menaiki PMD

Seorang bintang YouTube terbunuh ketika menaiki PMD dalam perjalanan untuk menemui para pengikutnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang YouTube terbunuh ketika menaiki PMD

Emily Hartridge. (Gambar: emilyhartridge/Instagram)

Diterbitkan : 14 Jul 2019 09:00PM Dikemas Kini : 14 Jul 2019 09:06PM

LONDON: Seorang bintang YouTube terbunuh ketika menaiki PMD dalam perjalanan untuk menemui para pengikutnya.

Emily Hartridge sedang menaiki skuter elektroniknya dekat dengan rumahnya di barat laut ibu kota London, apabila beliau bertembung dengan sebuah lori.

Nahas itu dipercayai kemalangan maut yang pertama melibatkan PMD di Britain.

Mangsa yang berusia 35 tahun meninggal dunia di tapak kejadian di bulatan Queen's Circus di kawasan Battersea.

Sejauh ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Cik Hartridge menempa nama di YouTube, dengan hampir 350,000 peminat kepada video-videonya mengenai gaya hidup, kesihatan dan pelancongan.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan