Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang Korea Selatan, Lee Seung-gi: “Saya akan tumpu pada kekuatan diri”

Bintang popular Korea kembali ke pangkuan peminat selepas selesai perkhidmatan negara

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Korea Selatan, Lee Seung-gi: “Saya akan tumpu pada kekuatan diri”

Bintang Korea Selatan, Lee Seung-gi. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 10 Jul 2018 08:39PM Dikemas Kini : 10 Jul 2018 08:52PM

SINGAPURA: 14 tahun lamanya. Itulah tempoh pelakon, penyanyi dan hos Korea Selatan, Lee Seung-gi sudah berkecimpung dalam industri hiburan Korea. Tambahan, beliau meluangkan masa sepanjang dua tahun lalu di luar tatapan mata masyarakat sebagai seorang askar perkhidmatan negara Korea. Maka itu, tidak hairan apabila beliau menyuarakan kebimbangan tentang kerjayanya dalam dunia hiburan.

“Sekiranya saya kehilangan kerja saya, apa yang boleh saya lakukan?” tanya bintang 31 tahun, itu di dalam episod pertama program “All the Butlers” yang juga dikenali sebagai “Master in the House” yang mula penggambaran hanya beberapa hari selepas beliau meninggalkan khidmat tentera.

Bagaimanapun, Seung-gi yang juga dikenali sebagai Raja Balada dengan lagu-lagu hit, seperti “Return” dan “Meet someone Like Me” tidak perlu bimbang memandangkan tempoh dua tahun di dalam khidmat tentera tidak mengurangkan populariti bintang Selebriti Berpengaruh Korea Forbes itu.

Bintang berbilang bakat tersebut perlu mengimbangi sekurang-kurangnya dua tugas, termasuk watak sebagai makhluk mistik di dalam drama Netflix “A Korean Odyssey”.

Apabila ditemui pihak Mediacorp pada hujung minggu lalu, Seung-gi yang berada di Grand Hyatt Singapore bagi pertemuan bersama para peminat berkata bahawa program “All the Butlers” mengembalikan semula keyakinan terhadap kedudukannya dalam industri seni.

“Saya sekarang berumur dalam lingkungan 30-an tahun dan semasa tempoh ini anda mungkin cenderung memikirkan tentang masa depan serta haluan untuk dipilih,” kata beliau. “Saya fikir apa yang boleh saya lakukan adalah memberi lebih banyak tumpuan terhadap kekuatan saya dan melihat sekiranya saya boleh mempertingkat ciri-ciri positif supaya saya boleh teruskan apa yang saya lakukan sekarang.”

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan