Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang K-pop Sulli ditemui mati di kediamannya

Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Sulli ditemui mati di sebuah rumah di Seongnam di selatan Seoul, lapor agensi berita Yonhap memetik polis pada Isnin (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang K-pop Sulli ditemui mati di kediamannya

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 15 Oct 2019 09:11AM Dikemas Kini : 15 Oct 2019 09:12AM

SEONGNAM: Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Sulli ditemui mati di sebuah rumah di Seongnam di selatan Seoul, lapor agensi berita Yonhap memetik polis pada Isnin (14 Okt).

Menurut polis, Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin Ri ditemui mati oleh agensi pengurusannya pada sekitar pukul 3.21 petang di sebuah rumah dua tingkat di Seongnam, wilayah Gyeonggi.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kematiannya, kemungkinan akibat membunuh diri.

Tiada nota bunuh diri ditemui setakat ini.

"Choi yang tinggal bersendirian itu mungkin bunuh diri namun, siasatan masih dijalankan jika terdapat motif lain," kata seorang pegawai polis.

Sulli memulakan kerjayanya pada 2005. Pada 2009, beliau mula berkecimpung dalam bidang nyanyian menerusi kumpulan K-pop f(x) di bawah label SM Entertainment.

Sulli berundur seketika daripada dunia seni pada 2014 selepas dibelenggu dengan komen-komen negatif dan meninggalkan kumpulan K-pop f(x) untuk menceburi bidang lakonan.

Beliau cukup aktif di media sosial dan baru-baru ini mengendalikan siri TV di mana selebriti membincangkan pengalaman mereka berdepan dengan gangguan dan buli dalam talian.

Kematian Sulli amat mengejutkan para penggemar muzik K-pop di seluruh dunia.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan