Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang Bollywood Aamir Khan dikecam berkaitan hubungannya dengan China, Turki

Bintang Bollywood Aamir Khan yang sudah lama mengundang  rasa benci kumpulan  Hindu berhaluan  kanan di India  kini diserang pula atas populariti personaliti itu di China. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Bollywood Aamir Khan dikecam berkaitan hubungannya dengan China, Turki

Aamir Khan. (Gambar: _aamirkhan/Instagram)

Diterbitkan : 28 Aug 2020 10:32PM Dikemas Kini : 28 Aug 2020 10:33PM

NEW DELHI: Bintang Bollywood Aamir Khan yang sudah lama mengundang rasa benci kumpulan Hindu berhaluan kanan di India kini diserang pula atas populariti personaliti itu di China.

Khan, 55 tahun, adalah duta telefon bijak China, Vivo, dan juga menjadi tarikan utama di tanah besar itu melalui filem-filem seperti "Dangal" (2016). Beliau bahkan mempunyai 1.16 juta pengikut di wadah Weibo China, yang menyerupai media sosial Twitter.

Namun minggu ini, kumpulan Hindu tegar Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) meletakkan foto pelakon itu di muka hadapan majalah ktmpulan itu dan menggelarnya 'Khan kesayangan Naga' dengan membuat rujukan kepada China.

Rencana itu menyatakan Khan "menjalin persahabatan dengan mereka yang dianggap sebagai seteru India" sambil mengutuk hubungan aktor tersebut bersama Turki - yang menyelar India berhubung Kashmir.

"Aamir nampaknya kesayangan sistem Parti Komunis China dan hakikat bahawa filem-filemnya mendapat sambutan baik menunjukkan beliau mendapat promosi negara China," kata editor majalah mingguan Hitesh Shankar kepada sebuah laman web berita.

Pentabiran Perdana Menteri Narendra Modi mengembangkan permusuhan terhadap China berikutan pertempuran maut di sempadan Himalaya, yang menjadi pertelingkahan kedua-dua negara, pada Jun.

Khan menjadi sasaran kempen kejam online pada tahun 2015 dan dipaksa membatalkan beberapa kempen pengiklanan setelah beliau mengatakan isterinya takut akan keselamatan anak-anak mereka di India.

Ketika itu, India dicengkam iklim tidak selamat setelah seorang lelaki Islam dibunuh kerana didakwa memakan daging lembu, yang dianggap suci dalam ajaran agama Hindu.

Amarah terhadap Khan semakin memanas apabila beliau mengadakan pertemuan dengan Emine Erdogan, isteri Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, semasa penggambaran filem di negara itu baru-baru ini.

Presiden Erdogan mempunyai ikatan persahabatan dengan Pakistan dan menyokong tuntutan negara itu ke atas Kashmir, yang turut dituntut India.

China pula menguasai beberapa bahagian di wilayah berbukit Ladakh. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan