Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bill Crosby bersalah lakukan serangan seksual

Pelakon TV terkenal Amerika Syarikat, Bill Cosby didapati bersalah melakukan serangan seksual selepas perbicaraan semula dilakukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bill Crosby bersalah lakukan serangan seksual

(Gambar: Mark Makela/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 27 Apr 2018 03:11PM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 03:14PM

NORRISTOWN: Pelakon TV terkenal Amerika Syarikat, Bill Cosby didapati bersalah melakukan serangan seksual selepas perbicaraan semula dilakukan.

Panel juri di mahkamah Norristown memutuskan bahawa Cosby bersalah bagi kesemua tiga tuduhan memberi dadah dan memperkosa bekas pemain bola keranjang, Andrea Constand di rumahnya di Philadelphia, 14 tahun lalu.

Hakim akan menjatuhkan hukumannya dalam masa tiga bulan akan datang.

Cosby boleh dipenjara sehingga 10 tahun bagi setiap kesalahan itu.

Berusia 80 tahun, Cosby amat terkenal dalam rancangan siri komedi "The Cosby Show" sehingga mendapat beberapa gelaran termasuk ikon kebudayaan Amerika.  

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan