Images
  • nora
    (Gambar: noradanish/Instagram)

Berat badan turun 8kg, Nora Danish akui makan kurma saja untuk berbuka dan sahur

KUALA LUMPUR: Berat badan pelakon Malaysia, Nora Danish, turun hingga 8kg sejak tidak menjamah sebarang makanan sejak sebulan lalu - kecuali kurma.

Menurut Nora Danish, sekiranya beliau ingin menurunkan berat badan, beliau tidak boleh makan langsung, lapor Astro Gempak.

"Tubuh saya berbeza dengan orang lain, jika mahu turunkan berat badan saya tidak boleh makan langsung.

"Jadi, apa yang saya lakukan, saya hanya mengambil kurma sahaja ketika bersahur dan berbuka.

"Meskipun begitu saya tidak berasa lapar, malah kekal bertenaga sehingga waktu berbuka puasa," menurutnya kepada Astro Gempak.

Pelakon seberang tambak itu berkongsi bahawa beliau sukar untuk mengawal selera makannya kerana suaminya Nedim Nazri Aziz gemar memasak di rumah dan masakannya sememangnya sedap.

Bagaimanapun, disebabkan sejak sebelum Ramadan, beliau perlu 'berkampung' di lokasi penggambaran drama Iman, justeru beliau dapat mengawal selera makannya.

Astro Gempak melaporkan bahawa Nora amat gembira kerana berjaya turunkan berat badannya sehingga 8kg.

Nora dan Nedim menyambut Syawal di kediaman baru mereka bersama cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim dan anak Nora dari perkahwinan sebelumnya, Putera Rayqal Rizal Ashram. 

- Agensi berita/NA/na

Top