Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Benarkah Afgan, Rossa bernikah senyap-senyap?

Netizen dihebohkan oleh khabar pernikahan antara penyanyi popular Indonesia Afgan dan Rossa baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Benarkah Afgan, Rossa bernikah senyap-senyap?

Afgan menafikan dakwaan beliau berkahwin dengan Rossa dalam majlis yang diadakan secara tertutup. (Gambar: @afgansyah.reza/Instagram)

Diterbitkan : 24 Oct 2018 07:50AM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 07:53AM

JAKARTA: Netizen dihebohkan oleh khabar pernikahan antara penyanyi popular Indonesia Afgan dan Rossa baru-baru ini.

Afgan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau sudahpun berkahwin dengan Rossa dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup, menurut laporan Liputan6.com.

Malah, Afgan mengaku dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali dan beliau masih belum mempunyai isteri.

Liputan6.com menukil beliau sebagai berkata: "Sejujurnya ramai yang menanyakan saya mengenai hal itu dan apa yang boleh katakan bahawa saya belum berkahwin."

"Mungkin apa yang dikatakan itu adalah doa daripada orang ramai kepada saya dan itu sesuatu yang positif."

"Apapun teruskan berdoa agar saya segera berkahwin dan tidak kiralah siapa pun calonnya kerana yang penting saya bahagia," katanya.

Rossa pernah berkahwin bersama Yoyo, vokalis kumpulan Padi, sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2009, lapor Liputan6.com. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan