Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Belum seminggu, 'Jebat' sudah raih RM1.3 juta

Kurang seminggu ditayangkan di Astro First, filem Jebat sudahpun berjaya meraih kutipan lebih RM1.3 juta (S$425,000)

Anggaran Waktu Membaca:
Belum seminggu, 'Jebat' sudah raih RM1.3 juta

(Gambar: astroshaw/Instagram)

Diterbitkan : 10 Sep 2020 10:56PM Dikemas Kini : 10 Sep 2020 10:58PM

KUALA LUMPUR: Kurang seminggu ditayangkan di Astro First, filem Jebat sudahpun berjaya meraih kutipan lebih RM1.3 juta (S$425,000), lapor Astro AWANI. 

Menurut Naib Presiden merangkap Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, kejayaan filem Jebat adalah satu perkembangan positif dalam penjenamaan semula industri perfileman Malaysia.

"Memahami kehendak penonton yang sentiasa inginkan kandungan terbaik, pihak kami akan terus membawakan lebih banyak filem-filem segar kelak menerusi dengan produksi berbeza," ujar Raja Jastina seperti ditukil Astro AWANI. 

"Saya harap filem Jebat mampu melakar fenomena tersendiri di samping menyuntik keyakinan buat penerbit-penerbit lain dalam mempersembahkan karya semasa normal baru ini," kata beliau lanjut dalam satu kenyataan media.

Filem Jebat arahan Jamal Khan merupakan kesinambungan daripada drama popular Astro, Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Drama tersebut menerima sambutan hangat apabila ia ditayangkan pada 2013.

Selain Sharnaaz dan Nelydia, filem tersebut turut dibintangi Idris Khan, Carmen Soo, Louisa Chong, Rahhim Omar dan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan