Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bella Astillah muncul dengan lagu terbaru, nafi lirik sepenuhnya tentang kisah hidup

Bella Astillah kini jelas semakin membina kerjayanya sebagai seorang anak seni. Jika sebelum ini beliau mendapat tawaran berlakon, kini Bella Astillah boleh digelar seorang penyanyi pula.

Anggaran Waktu Membaca:
Bella Astillah muncul dengan lagu terbaru, nafi lirik sepenuhnya tentang kisah hidup

(Gambar: Bella Astillah/Instagram)

Diterbitkan : 28 Mar 2020 10:09AM Dikemas Kini : 28 Mar 2020 11:08AM

KUALA LUMPUR: Bella Astillah kini jelas semakin membina kerjayanya sebagai seorang anak seni. Jika sebelum ini beliau mendapat tawaran berlakon, kini Bella Astillah boleh digelar seorang penyanyi pula.

Muncul dengan lagu terbaru, Tenang, Bella Astillah bagaimanapun mendedahkan lagu tersebut tidak sepenuhnya berkait dengan kisah hidupnya yang kerap dilanda ujian.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26 tahun, malah berkata lagu itu bagi memberi semangat kepada para pendengar supaya terus kekal positif.

Ditukil mstar, Bella menjelaskan: "Saya percaya setiap individu inginkan kehidupan yang baik. Bagi saya, apabila kita sentiasa positif, Insya Allah mudah untuk berasa tenang. daripada situ saya dan komposer mendapat sedikit inspirasi untuk lirik lagu Tenang.

"Lirik lagu ini tidak sepenuhnya mengenai perjalanan hidup saya, tapi lebih kepada ingin berkongsi perasaan positif untuk sentiasa bersangka baik dengan ujian dan jangan berputus asa."

Lagu Tenang itu juga digubah komposer terkenal Audi Mok.

Bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga menjelaskan lagu tersebut juga sebagai buah tangan kepada para peminat yang membuat permintaan beliau menghasilkan lagu selepas banyak mengikuti 'cover' yang dinyanyikannya di media sosial.

"Saya fikir sekarang ini adalah waktu terbaik untuk saya ada lagu sendiri sebagai hadiah kepada pendengar setia lagu 'cover' saya di media sosial," ujarnya, dalam petikan laman mstar.

Menolak dakwaan ingin bersaing dengan penyanyi-penyanyi lain, Bella bagaimanapun menganggap peluang itu sebagi rezeki yang tidak dapat ditolak.

"Saya percaya pihak Universal Music lebih tahu mengenai apa yang terbaik untuk lagu ini, namun saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi dengan niat lagu ini popular.

"Bagaimanapun, saya tetap inginkan yang terbaik. Kalau ada rezeki untuk mana-mana pertandingan, saya tidak menolak," katanya lagi kepada mstar.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan