Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bella Astillah beri bayangan sudah rujuk dengan Aliff Aziz, jawab spekulasi hamil

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah seolah-olah memberi bayangan dirinya kembali bergelar 'isteri Aliff Aziz' dalam satu temu bual bersama radio Suria FM yang disiarkan petang tadi (22 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Bella Astillah beri bayangan sudah rujuk dengan Aliff Aziz, jawab spekulasi hamil

Bella beri bayangan sudah rujuk dengan Aliff Aziz. (Gambar fail: @bellaastillah/Instagram)

Diterbitkan : 22 Apr 2020 07:37PM Dikemas Kini : 22 Apr 2020 07:38PM

MALAYSIA: Pelakon dan penyanyi Bella Astillah seolah-olah memberi bayangan dirinya kembali bergelar 'isteri Aliff Aziz' dalam satu temu bual bersama radio Suria FM yang disiarkan petang tadi (22 Apr).

Dalam sesi tersebut, penyampai bertanyakan kepada Bella tentang khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff.

Biarpun Bella awalnya hanya mendiamkan diri, penyampai Suria Petang - Tyzo dan Sharifah Shahirah - meluahkan rasa syukur kononnya pasangan itu sudah rujuk kembali.

mStar bagaimanapun melaporkan, wanita yang nama sebenarnya adalah Dayang Nabellah Awang Astillah, selanjutnya berkata beliau ingin menghormati kedua-dua pihak keluarga- lebih-lebih lagi sedang krisis penularan wabak COVID-19 melanda.

"Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus," katanya.

Sesi temu bual tersebut disiarkan pada jam 4.42 petang tadi (22 Apr) menerusi panggilan telefon.

Sebelum ini, Bella ada memberitahu media tempatan bahawa beliau tidak ingin lagi berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

Bella juga pernah menjelaskan dirinya tidak berniat untuk menipu tetapi sebaliknya sudah belajar dari kesilapan lalu yang terlalu terbuka di media sosial sehingga mendapat kecaman.

mStar turut melaporkan, Sharifah Shahirah dan Tyzo juga mengajukan soalan kepada Bella mengenai spekulasi yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua.

"Berapa bulan dah Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandung dah ada. Kalau betul, seronoklah kami. Dah periksa jantina ke?" seloroh Tyzo.

Bella dikatakan hanya meluahkan rasa syukur dan mengharapkan semua mendoakannya ketika mengajukan soalan itu.

"Alhamdulillah. Doakan Bella."

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata. Mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 16 Mei tahun lalu.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan