Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Belasungkawa cara 'rock' Amy Search khas untuk Saleem

Pemergian penyanyi legenda Malaysia, Saleem Iklim, begitu dirasai para peminat mahupun rakan-rakan seperjuangannya. Sehari selepas dikebumikan, ucapan belasungkawa bagi penyanyi 'Suci Dalam Debu' itu terus mencurah-curah di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Belasungkawa cara 'rock' Amy Search khas untuk Saleem

Amy Search menulis di Instagram tentang pemergian Saleem. (Gambar: aku.amysearch/Instagram)

BERITAmediacorp: Pemergian penyanyi legenda Malaysia, Saleem Iklim, begitu dirasai para peminat mahupun rakan-rakan seperjuangannya. Sehari selepas dikebumikan, ucapan belasungkawa bagi penyanyi 'Suci Dalam Debu' itu terus mencurah-curah di media sosial.

Bagi penyanyi rock terkenal, Amy Search, menulis begini di Instagram semalam (14 Okt): "Lagu Suci Dalam Debu terlalu indah dgn alunan tone suara lu yg serak2 tu. Mana mungkin seluruh Nusantara bisa melupai lagu itu dn tentu nya seluruh Nusantara berduka dgn pemergian mu."

Beliau juga mengenang detik-detik beliau bersama Allahyarham Saleem yang masih bermain di fikirannya, terutama saat mereka membicarakan tentang kehidupan sebagai pejuang seni sebelum merakam lagu 'Sesat di Kuala Lumpur'.

"Aku cakap dengan dia, kita sama-sama budak kampung datang Kuala Lumpur bawak impian nak jadi artis popular," tulis Amy menerusi catatan Instagramnya hari ini (15 Okt) - yang kedua untuk Saleem.

Amy Search, atau nama asalnya Suhaimi Abdul Rahman, menyatakan bahawa sepanjang berkarya dalam bidang seni, beliau diberi kesempatan untuk bekerjasama dengannya selama dua kali.

"Dua kali kita orang bersama, satu dalam lagu Isabella 98 dengan 4 penyanyi di gabungkan Jamal Abdillah, Zamani dan arwah Saleem. Lepas tu kite bergabung lagi atas usaha Warner dalam lagu Sesat Di Kuala Lumpur untuk album beliau Epigoni," tambah Amy Search.

Dalam perbualannya bersama Allahyarham Saleem, beliau masih ingat lagi arwah "angguk kepala" tanda setuju tentang pencapaian masing-masing yang begitu bermakna kerana tidak "ramai yang ingin masuk bidang (itu) tetapi bukan semua dapat pijak padang ini".

Pastinya, perjalanan mereka dalam bidang nyanyian ibarat "pelayaran yang indah yang datang bersama dugaan".

"BRO LU INGAT KITA BUDAK KAMPUNG DATANG KL NAK JADI STAR"

Meski ditulis dalam lenggok bahasa 'mat rock', belasungkawa Amy Search cukup untuk menggambarkan hubungan istimewa antaranya dengan Saleem.

Belasungkawa Amy Search khas untuk Saleem seperti yang dilampirkan di bawah ini:

"Aku nk cerita sikit kenangan aku dgn arwah Saleem. Dua kali kite org bersama, satu dlm lgu Isabella 98 dgn 4 penyanyi di gabungkn Jamal Abdillah, Zamani dn arwah Saleem. Lps tu kite bergambung lgi ats usaha Warner dlm lagu Sesat Di Kuala Lumpur utk album beliau Epigoni. Gmba ni menjdi kenangan. Aku ingat lgi dia berkunjung ke rumah aku. Kalau tk salah aku sebelom kite rakam lagu Sesat di Kuala Lumpur. Kite org bercerita tentang kehidupan kite org lalui.

Aku ckp dgn dia, kite sama2 bdk kampung dtg Kuala Lumpur bwk impian nk jdi artis popular tpi bila dh jdi tentu ada yg lgi besar yg kite nk bikin di depan. Itu hnya lu aje yg tahu. Tpi lu kena bnyk bersyukur sbab Allah makbulkn impian lu. Lu kena sayang ini barang. Ramai org nk msuk ini bidang tpi bkn semua dpt pijak ini padang. Ada yg dpt tpi terkena penyakit kejutan budaya dn mula sesat di Kuala Lumpur. Kite kena sayang ini barang. Kita sma2 bikin nama di benua Nusantara. Selepas lgu Isabella dn Cinta Kita (Fantasia Bulan Madu) bikin major hits di Indonesia, Suci Dlm Debu menyusul dgn major hits juga. Aku ckp lu tentu ada lgi statement yg lu mau bikin atau lu rasa lu rasa apa lu dh puas hati.

Riaksi arwah sngt fokus dgn apa yg aku ckp smbil angguk kepala. Sblom nk balik aku pesan lgi smbil ketawa, bro lu ingt kite bdk kampung dtg Kuala Lumpur nk jdi star. Semua ini Allah yg bgi kite. Bersyukur aje... InsyaAllah kita dpt pelayaran yg indah tpi yg indah tentu dtg bersama dugaan. Kita tempuh dgn tenang aja bro. Begitu lah kenangan aku dn arwah Saleem dpt luang masa yg panjang sepanjang karier dia. Moga Allah ampuni segala dosa dn cucuri rahmat ke ats roh nya. AmeenYRA. Alfatehah."

Saleem sebelum ini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam nahas jalan raya pada 20 September lalu.

Dalam satu wawancara bersama media tempatan, isterinya, Juriah Bachok, mendedahkan bahawa 12 tulang rusuk Saleem patah dan tercucuk paru-paru. Saleem juga mengalami pendarahan otak.

Beliau meninggal dunia pada 14 Oktober di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan selamat dikebumikan pada 2.15 petang semalam (15 Okt).  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan