Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bekas suami Serina gagal dapat kebenaran perintah tunjuk sebab

Dalam keputusan itu, mahkamah turut memerintahkan Gavin selaku pemohon memfailkan semula permohonan berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas suami Serina gagal dapat kebenaran perintah tunjuk sebab

Serina dan anak-anaknya. (Gambar: Serina Redzuawan/Facebook)

Diterbitkan : 21 May 2018 07:15PM Dikemas Kini : 21 May 2018 07:18PM

KUALA LUMPUR: Ahli korporat, Gavin Edward O’Luanaigh gagal dalam permohonannya mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi memerintahkan bekas isterinya, personaliti televisyen, Serina Redzuwan mengemukakan sebab atas dakwaan pelanggaran perintah persetujuan bersama.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Salehan Yatim sebentar tadi (21 Mei).

"Selepas meneliti eksibit dan hujahan dikemukakan, mahkamah menolak permohonan pemohon," katanya tanpa membacakan alasan kehakiman, menurut laporan Astro Awani.

Dalam keputusan itu, mahkamah turut memerintahkan Gavin selaku pemohon memfailkan semula permohonan berkenaan.

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin ketika ditemui berkata, pihaknya perlu meneliti alasan penghakiman terlebih dahulu bagi tujuan itu, lapor Astro Awani.

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41 tahun, memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu.

Dalam permohonan itu, Gavin mendakwa banyak pelanggaran perintah persetujuan bersama oleh Serina antaranya membenarkan anak mereka, Tristan Tareef, 7 tahun, dan Isabella Safiyya, 5 tahun, tidur sebilik bersama bapa mertuanya, Chef Wan, pada 3 Disember lalu, lapor Astro Awani.

Selain itu, Serina juga didakwa memburukkan dan memperlekehkan Gavin termasuk mendakwa bekas suaminya itu berkhalwat menerusi penghantaran di Instagram pada 19 dan 20 Mac lalu.

Pada 1 Ogos 2017, Gavin sah menceraikan Serina di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun melayari rumah tangga.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan