Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bekas ratu cantik M'sia dikecam kerana komen berkaitan 'orang kulit hitam'

Pertubuhaan Miss Universe Malaysia (MUMO) mengeluarkan kenyataan pada lewat Isnin (1 Jun) di Instagram untuk tidak mengaitkan badan itu dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas pemenang Miss Universe Malaysia Samantha Katie James baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas ratu cantik M'sia dikecam kerana komen berkaitan 'orang kulit hitam'

(Gambar: Instagram/@samanthakayty)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 03:08PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 03:13PM

MALAYSIA: Pertubuhaan Miss Universe Malaysia (MUMO) mengeluarkan kenyataan pada lewat Isnin (1 Jun) di Instagram untuk tidak mengaitkan badan itu dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas pemenang Miss Universe Malaysia Samantha Katie James baru-baru ini.

MUMO menyatakan bahawa pandangan James adalah pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan pertubuhan tersebut. Ia menambah: "MUMO menyokong masyarakat tanpa perkauman dan mengutuk keras semua tindakan perkauman dan prasangka di mana-mana sahaja di dunia."

Kenyataan itu dikeluarkan setelah James menimbulkan kekecohan online dengan komennya mengenai bantahan Black Lives Matter di Amerika Syarikat, berikutan kematian George Floyd.

James, yang memenangi gelaran tersebut pada 2017, berkongsi pandangannya di Instagram Stories pada Isnin petang, lapor Malay Mail. Beliau menulis: "Saya tidak tinggal di Amerika, ia tidak ada kaitan dengan saya, tetapi bagi saya, kelihatannya seperti 'orang putih' menang."

"Jika anda marah, anda bertindak balas dengan kemarahan dan kekecewaan dan itu bermakna ia berkuasa ke atas anda. Mereka berkuasa atas anda,” tambahnya. "Manusia bodoh."

Beliau kemudian mengirimkan lagi hantaran di ruang Stories dengan berkata: "Kepada orang-orang kulit hitam, bertenanglah, anggaplah sebagai satu cabaran, menjadikan anda lebih kuat. Anda memilih untuk dilahirkan sebagai orang 'berwarna' di Amerika dengan sebab. Untuk mempelajari sesuatu. Terimalah seadanya, hingga kini kebuluran dan kemiskinan masih wujud. Begitulah hakikatnya. Tidak dapat dielakkan. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah kekal tenang, lindungi hati, jangan biarkan ia hancur. Itu tanggungjawab anda."

Kenyataannya itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

Ramai pengguna mengecam James atas kenyataannya, dengan salah seorangnya berkata, "Bayangkan anda memberitahu orang kulit hitam supaya 'bertenang saja' seolah-olah ini bukan sesuatu yang telah mereka tempuhi selama BERTAHUN-TAHUN. Anda sepatutnya duduk saja dan makan makanan anda. "

Seorang pengguna mengulas mengenai catatan terbaru James: “Tidak ada sesiapa yang MEMILIH untuk dilahirkan dengan warna tertentu. Orang kulit hitam telah membantah selama bertahun-tahun namun mereka masih menjadi sasaran perkauman dan dibunuh kerana ketuanan kulit putih membenarkannya. Mungkin jangan mengulas perkara yang anda tidak faham langsung?"

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan