Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bekas peserta Akademi Fantasia, Amylea Azizan & Kaer Azami berduet lepas lebih sedekad sepi

Kaer Azami dan Amylea Azizan, dua penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) yang masing-masing menyepikan diri lebih sedekad, muncul bergabung buat pertama kali untuk lagu duet ‘Tak Pernah Hilang’.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas peserta Akademi Fantasia, Amylea Azizan & Kaer Azami berduet lepas lebih sedekad sepi

(Gambar: Petikan gambar dari YouTube)

Diterbitkan : 20 Apr 2018 11:25PM Dikemas Kini : 08 May 2018 01:05AM

KUALA LUMPUR: Kaer Azami dan Amylea Azizan, dua penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) yang masing-masing menyepikan diri lebih sedekad, muncul bergabung buat pertama kali untuk lagu duet ‘Tak Pernah Hilang’.

Lagu bergenre pop balada yang dirakam pada Januari lalu dalam bentuk digital itu sudah ditonton lebih 66,000 kali walaupun baru dua hari dimuat naik ke laman YouTube.

Amylea yang merupakan penulis lirik lagu itu, berkata lagu tersebut akan turut menjadi lagu runut bunyi drama 'Nur' lakonan Fatimah Abu Bakar, Amyra Rosli dan Shafiq Kyle yang bakal disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 pada Ramadan ini.

Katanya lagu itu digubah pada tahun 2015 dan mengisahkan dua insan yang tidak meluahkan perasaan cinta terhadap satu sama lain.

“Dalam konteks kami ia lebih kepada bidang nyanyian...walau di mana kami berada kami tidak pernah melupakan bidang muzik dan perasaan itu memang tidak pudar," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan temu bual Nine11 terbitan Bernama News Channel hari ini (20 Apr).

Katanya beliau selama ini banyak menulis lagu untuk drama dan artis lain antaranya Alif Satar.

"Ramai yang tanya saya bila hendak menyanyikan lagu sendiri. Ia bukan mudah sebab adakala lagu yang dicipta itu lebih sesuai untuk artis lain dan bukan untuk saya. Mungkin masanya telah tiba, barulah saya muncul dengan lagu ini,” katanya yang sudah menghasilkan lebih 17 lagu runut bunyi setakat ini.

Menurut Amylea beliau agak gementar untuk membuat persembahan selepas sekian lama aktif di belakang tabir.

"Kami tidak kisah untuk merangkak semula dalam bidang seni. Pada kami tidak ada perkataan bersaing, kami nak bekerjasama dengan artis lain untuk sama-sama maju dalam industri," katanya.

Sementara itu, Kaer berkata lagu tersebut merupakan langkah pertamanya untuk memulakan kembali kerjaya nyanyian selepas banyak menghabiskan masa di Jakarta menguruskan perniagaan pakaian lelaki selepas meninggalkan program AF.

Mengakui timbul keraguan akan kemampuannya untuk menyanyi semula selepas lama tidak berbuat demikian, Kaer berkata hatinya membisikkan keyakinan untuk beliau meneruskan hasrat itu.

“Akhirnya siap rakaman lagu ini. Memang permulaan yang baik bagi kami berdua," katanya yang merancang untuk membuka butik pakaian lelakinya di Malaysia kelak. 

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan