Images
  • mamat exist
    Mamat Exist. (Gambar: Mamat Exist/Instagram)

Bekas penyanyi Exists diberkas kerana memiliki dadah di Johor

JOHOR BAHRU: Polis memberkas seorang bekas penyanyi kumpulan muzik popular 90-an Exists kerana memiliki syabu di luar rumah kedai dekat Jalan Camar 1/3, Petaling Jaya, pada Ahad (8 Sep) malam.

Suspek berusia 41 tahun ditangkap bersama-sama seorang kawan lelakinya, berumur 40 tahun, setelah para pegawai polis berpakaian biasa dari balai polis Taman Perling menemui paket - yang disyaki mengandungi syabu - pada bekas vokalis itu.

Satu sumber memberitahu Malay Mail bahawa polis sudahpun dimaklumkan awal dari itu mengenai kehadiran kedua-dua lelaki terbabit setelah mereka dilihat berkelakuan mencurigakan.

"Para pegawai polis berpakaian biasa, yang sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah, mendedahkan identiti mereka lantas memulakan pemeriksaan ke atas suspek-suspek di luar tapak sebuah rumah kedai berkenaan.

"Suspek lebih tua ditemui memiliki 0.42 gram bahan kristal putih, dipercayai adalah syabu, yang disimpan dalam paket plastik dan disorokkan ke dalam dompetnya," kata sumber tersebut.

Polis menangkap kedua-dua suspek dan membawa mereka ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID), ibu pejabat polis daerah Johor Bahru Utara, bagi pemeriksaan.

Sumber itu memberitahu Malay Mail, kedua-dua lelaki berkenaan juga didapati positif dadah semasa ujian air kencing dilakukan.

"Siasatan awal mendedahkan kedua-dua lelaki itu tidak berada dalam senarai suspek yang dikehendaki polis tetapi suspek lebih tua itu mempunyai kes berkaitan kesalahan dadah sebelum ini," kata sumber berkenaan.

Apabila dihubungi Malay Mail, ketua polis Johor Baru Utara Penolong Pesuruhjaya Mohd Taib Ahmad mengesahkan penangkapan kedua-dua suspek lelaki itu.

Kumpulan Exists, yang pada asalnya dikenali sebagai Exist, ditubuhkan di Johor Bahru pada 1991. Nama mereka meningkat naik selepas pengeluaran lagu single mereka berjudul 'Untukmu Ibu' disusuli dengan pelancaran album pertama, Exist, pada tahun yang sama.

Mohd Ali Kamarudin, lebih dikenail sebagai Mamat Exists, ialah penyanyi asal kumpulan muzik tersebut dari 1991 hingga 1994 sebelum beliau bergerak secara solo. Mamat terpalit sejarah hitam dengan pendakwaan atas kesalahan berkaitan dadah selain kes kecurian di Singapura pada 2010.


Mamat dikatakan sedang membuat persiapan bagi konsert mega Exists dipanggil Konsert Exists Reunion dijadualkan berlangsung pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam, dan diikuti pula dengan Singapura pada 5 Oktober nanti.  

- Agensi berita/FZ/fz

Top