Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bekas gitaris kugiran Ukays disahkan terbunuh di Syria

Bekas anggota kugiran rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Akel Zainal yang menyertai kumpulan militan ISIS di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara tersebut pada awal tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas gitaris kugiran Ukays disahkan terbunuh di Syria

Bekas pemain gitar kumpulan Ukays. (Gambar: Syahril A. Kadir/Facebook)

Diterbitkan : 13 Nov 2019 02:14PM Dikemas Kini : 13 Nov 2019 02:16PM

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kugiran rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Akel Zainal yang menyertai kumpulan militan ISIS di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara tersebut pada awal tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada rakan sejawatannya serta sumber rakyat Malaysia di Syria, Akel Zainal, 39, dan seorang lagi militan ISIS, Mohd Rafi Udin, 53, maut dalam serangan udara Rusia di Syria pada Januari dan Mac lalu.

“Kami menerima maklumat bahawa rumah Akel di Baghouz terkena serangan bom dari udara pada Mac lalu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata turut terbunuh dalam serangan udara itu ialah isteri Akel Zainal dan dua anaknya berusia dua dan tiga tahun selain seorang pejuang ISIS warga Belgium.

Akel Zainal dilaporkan menyertai ISIS sejak tercetusnya konflik di Syria malah turut ke sana untuk menyertai perang sejak 3 Jan 2014.

Dia dipercayai pejuang ISIS dari Malaysia paling kanan yang bergerak di Syria dan telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Malaysia sebagai individu yang bertanggungjawab dalam beberapa rancangan untuk melakukan serangan keganasan di dalam negara.

Encik Ayob Khan berkata Mohd Rafi Udin yang juga dikenali sebagai Abu Awn Al-Malizi dan merupakan bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) maut dalam serangan udara Rusia pada Januari lalu.

Mohd Rafi menyertai Jemaah Islamiyah (JI) sebelum ke Syria untuk menyertai ISIS dan pernah muncul dalam video ISIS pada 2016 dengan menyeru serangan terhadap kerajaan sekular dan pemimpinnya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan