Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bekas anggota kumpulan nasyid Rabbani meninggal dunia

Bekas anggota kumpulan nasyid Rabbani, Azizan Khalid, 46 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) pada pukul 10.00 pagi Rabu (7 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas anggota kumpulan nasyid Rabbani meninggal dunia

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 08 Jul 2021 09:21PM Dikemas Kini : 08 Jul 2021 09:24PM

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan nasyid Rabbani, Azizan Khalid, 46 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) pada pukul 10.00 pagi Rabu (7 Jul).

Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 48 tahun, berkata, Allahyarham sepatutnya menerima keputusan hasil ujian saringan COVID-19 hari ini (8 Jul), namun pagi semalam dia mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.

"Semalam isteri arwah memaklumkan Azizan tiba-tiba mengalami sesak nafas selepas sarapan kira-kira jam 8.30 pagi dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Namun, dalam jam 10.00 pagi, dia disahkan meninggal dunia.

"Sebenarnya dia mengalami demam hampir seminggu dan tidak kebah-kebah. Jadi, kelmarin dia pergi melakukan ujian calitan COVID-19 dan diberikan gelang merah jambu untuk menjalani kuarantin di rumah.

"Sekarang doktor belum lepaskan jenazah sebab nak buat bedah siasat untuk tahu punca kematian sama ada disebabkan serangan jantung atau virus COVID-19, " katanya.

Menurut Azadan, sekiranya Allahyarham bebas jangkitan Covid-19, pihak keluarga boleh bersama menguruskan jenazahnya.

"Pihak hospital maklumkan kalau Allahyarham meninggal dunia disebabkan Covid-19, mereka akan uruskan majlis pengebumian. Namun, jika meninggal dunia akibat serangan jantung, wakil ahli keluarga dibenarkan untuk sama-sama uruskan jenazah," katanya.

Azadan berkata sepanjang 30 tahun mengenali arwah, dia memang tidak menghidap sebarang penyakit serius dan seorang yang sentiasa ceria.

Difahamkan, jenazah Azizan akan dikebumikan di kampung halamannya di Behrang, Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan.

Azizan menyertai Rabbani yang popular dengan lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali pada 1997 sebelum meninggalkan kumpulan nasyid itu pada 2001.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan