Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bayi dalam kandungan Siti Nurhaliza sebenarnya kembar anak pertamanya

TokTi melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan mengesahkan kehamilan anak keduanya pada awal bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi dalam kandungan Siti Nurhaliza sebenarnya kembar anak pertamanya

Siti Nurhaliza bersama anaknya Siti Aafiyah. (Gambar: Instagram/ Siti Nurhaliza)

Diterbitkan : 26 Dec 2020 09:54PM Dikemas Kini : 26 Dec 2020 09:55PM

KUALA LUMPUR: Umum tahu penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza, sedang hamil dengan anak keduanya.

Dalam satu wawancara dengan stesen radio negara itu, Siti Nurhaliza yang kini mesra disapa sebagai TokTi, mendedahkan anak keduanya itu sebenarnya kembar kepada anak sulung beliau, Siti Aafiyah.

TokTi hamil dengan Siti Aafiyah tiga tahun lalu melalui proses In-Vitro Fertilization (IVF) atau pensenyawaan in-vitro sekitar tiga tahun lalu.

Namun begitu, beliau mengikuti nasihat doktor ketika itu untuk tidak melakukan prosedur tersebut pada masa yang sama.

"Disebabkan ini proses IVF, apabila buat peringkat-peringkat embrio itu, bayi lelaki ini sebenarnya kembar Aafiyah. Terjadi pada hari sama waktu sama.

"Ketika itu doktor tidak galakkan bayi masuk dua embrio, jadi masuk satu dahulu iaitu Aafiyah. Tiga tahun selepas itu baru masuk bayi lelaki ini,” katanya kepada seperti ditukil media tempatan.

Pendedahan itu menarik perhatian ramai kerana tidak menyangka cerita sebalik kehamilan kedua penyanyi kesayangan ramai itu.

TokTi melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan mengesahkan kehamilan anak keduanya pada awal bulan ini. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan