Images
  • Abby Abadi
    (Gambar: Instagram/@jaiezzany)

Bayi Abby Abadi alami pendarahan paru-paru

MALAYSIA: Pelakon Malaysia Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria memohon kepada orang ramai supaya mendoakan kesihatan anak lelakinya yang kini berada di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU).

Menerusi catatan terbaru di akaun Instagramnya, Faizal memaklumkan bayi yang baru dilahirkan itu mengalami pendarahan di bahagian paru-paru.

“Hari ke 5… Baby D hari ni abah dan mama @abby_abadi112 datang jumpa baby lagi, gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU untuk berbual-bual dengan baby. Abah dan mama tak mahu baby sunyi. Abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan mama dan sentuhan abah juga kan sayang.

“Baby D… Suka sebenarnya untuk abah kongsikan perkembangan baby pada kawan-kawan abah dan mama. Tapi abah serba salah... Abah tak pasti nak kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua-duanya.

Menurut Faizal lagi, doktor memberitahu pasangan itu tentang risiko yang bakal dihadapi dengan keadaan anak mereka sedemikian.

“Dari awal doktor dah tak beri harapan pada mama abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby abah akan terus kuat dan bertahan kan sayang.

“Maghrib ni pun ada berita sampai kat mama, beritahu yang baby kritikal, tapi mama abah macam tak nak terima berita tu sebab mama abah yakin ALLAH tetap mendengar doa abah dan mama termasuk doa mereka-mereka yang mendoakan baby di luar sana.

Mengakhiri catatan di Instagramnya, Faizal memanjatkan doa dan berharap agar berlaku keajaiban yang dapat memperbaiki keadaannya.

- Agensi berita/HA/ha

Top