Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Bayangkan 9 kali berat badan menekan dada sehingga tidak boleh bernafas," kata Dr Sheikh Muszaphar

Bulan Oktober merupakan bulan paling istimewa bagi angkasawan rakyat Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Ini kerana pada bulan ini 11 tahun lalu, beliau menjadi angkawasan rakyat Malaysia yang pertama untuk menjelajah ke angkasa.

Anggaran Waktu Membaca:
"Bayangkan 9 kali berat badan menekan dada sehingga tidak boleh bernafas," kata Dr Sheikh Muszaphar

Angkasawan rakyat Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. (@drsheikhmuszaphar/Instagram)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 05:52PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 06:03PM

KUALA LUMPUR: Bulan Oktober merupakan bulan paling istimewa bagi angkasawan rakyat Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Ini kerana pada bulan ini 11 tahun lalu, beliau menjadi angkawasan rakyat Malaysia yang pertama untuk menjelajah ke angkasa.

Baru-baru ini, Dr Sheikh Muszaphar mengimbau kembali pengalaman penjelajahan beliau ke angkasa pada 10 Oktober 2007. Beliau mengongsi detik-detik bersejarah itu menerusi beberapa keping gambar yang dimuatnaikkan ke akaun Instagramnya.

Dalam salah satu gambar yang dimuatnaikkan ke laman media sosialnya it, Dr Sheikh Muszaphar kelihatan terapung-apung bersama jalur Gemilang dalam kapal angkasa Soyuz TMA-11.

"Oktober adalah bukan di angkasa lepas pada saya dan saya ingin berkongsi dengan anda banyak foto yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini.

"Solat, makanan, eksperimen, al-Quran di angkasa lepas dan banyak lagi. Selama seminggu saya akan kemas kini perjalanan ke angkasa lepas saya yang berlaku pada tahun 2007," kata beliau, seperti yang dipetik Astro Awani.

Yang menarik lagi, Dr Sheikh Muszaphar juga memuatnaikkan satu video yang menunjukkan bagaimana beliau menjalani latihan yang turut disertai lebih 11,400 calon.

Namun, menurut laporan Astro Awani, hanya empat calon berjaya untuk pergi ke StarCity bagi menjalani latihan selama sebulan sebelum hanya dua calon sahaja terpilih.

"Bayangkan 9 kali berat badan anda menekan dada sehingga tidak boleh bernafas. Anda boleh tidak sedar kerana darah tidak mengalir ke otak pada masa itu. Perasaan yang sangat menyeronokkan," kata beliau.

Astro Awani turut menukil Dr Sheikh Muszaphar sebagai berkata keaedaan sebegitu berlaku ketika kapal angkasa, iaitu roket yang dinaikinya, berlepas dan mendarat.

"Ia bukanlah perasaan yang hebat berada dalam 'centrifuge' tapi kami tidak mempunyai pilihan," katanya.

Selain kisah menarik yang dikongsinya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkannya bersama al-Quran. Ia dihadiahkan oleh ibunya, yang sering mengingatkannya supaya membaca al-Quran ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan