Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Barisan bintang filem Captain Marvel 'mendarat' di S'pura pada 14 Feb

Berita baik bagi para peminat filem-filem Marvel! Selepas acara bertemu peminat 'Avengers: Infinity War' dijayakan April lalu, bintang-bintang 'Marvel cinematic Universe' (MCU) sekali lagi akan 'mendarat' di Singapura pada 14 Februari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Barisan bintang filem Captain Marvel 'mendarat' di S'pura pada 14 Feb

Stars Brie Larson dan Samuel L. Jackson akan datang ke Singapura pada 14 Feb. (Gambar-gambar: Marvel/Disney)

Diterbitkan : 15 Jan 2019 07:43PM Dikemas Kini : 15 Jan 2019 07:46PM

SINGAPURA: Berita baik bagi para peminat filem-filem Marvel! Selepas acara bertemu peminat 'Avengers: Infinity War' dijayakan April lalu, bintang-bintang 'Marvel cinematic Universe' (MCU) sekali lagi akan 'mendarat' di Singapura pada 14 Februari ini.

Kali ini, para pelakon yang akan membuat penampilan adalah dari filem terbaru MCU - Captain Marvel.

Pemegang watak utama filem tersebut dan juga pemenang anugerah Oscar bagi Pelakon Wanita Terbaik, Brie Larson akan membuat kemunculan selain Samuel L. Jackson (pemegang watak Nick Fury) dan Gemma Chan (watak Minn-Erva dan pelakon Crazy Rich Asians).

Mereka akan disertai para pengarah filem, Anna Boden dan Ryan Fleck.

Bintang-bintang itu akan berada di Singapura bagi satu acara publisiti permadani merah menjelang pelancaran filem Captain Marvel di Singapura pada 7 Mac.

Acara tersebut akan diadakan di Marina Bay Sands, dan Singapura merupakan satu-satunya perhentian di Asia bagi pemasaran filem tersebut.

Para peminat akan berpeluang untuk berswafoto atau mendapatkan autograf bintang-bintang filem itu di acara tersebut.

Acara yang akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Expo Marina Bay Sands itu terbuka kepada awam dan tiada bayaran dikenakan.

Namun atas sebab keselamatan, jumlah peminat yang dibenarkan di tempat acara dihadkan. Lantas mereka yang berhasrat untuk hadir perlu berdaftar dahulu dan mengambil tiket pada 10 Februari di Pusat Konvensyen dan Expo Marina Bay Sands, Aras B2, Dewan F.Pendaftaran bermula jam 10.00 pagi sehingga semua tiket habis dijual.

Butiran lanjut disediakan di marinabaysands.com/captainmarvel.

Captain Marvel mencatat sejarah sebagai filem MCU pertama yang diterajui oleh seorang wanita sebagai watak utamanya. Berlatarkan era 1990an, filem ini menyusuri perjalanan seorang watak bernama Carol Danvers menjadi salah seorang adiwira terhebat di dunia sebelum Captain America dan Iron Man menjadi terkenal. 

Sumber : CNA/TQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan