Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bapa M Nasir meninggal dunia

Bapa penyanyi M Nasir, Mohamed Sam meninggal dunia pada Khamis (28 Jan) di kediamannya di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa M Nasir meninggal dunia
M Nasir. (Gambar: Mediacorp Suria)
Diterbitkan : 28 Jan 2021 04:02PM Dikemas Kini : 28 Jan 2021 04:08PM

KUALA LUMPUR: Bapa penyanyi M Nasir, Mohamed Sam meninggal dunia pada Khamis (28 Jan) di kediamannya di Singapura.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun akibat sakit tua pada pukul 7.30 pagi tadi, menurut laporan Berita Harian Malaysia.

Khabar sedih itu dimaklumkan oleh isteri M Nasir sendiri, Marlia Musa, menerusi laman Instagram beliau.

Catatannya berbunyi: "Ayahanda kesayangan kami, Haji Mohamed bin Sam telah pulang ke Rahmatullah pada pagi ini. Semoga Allah mencucuri rahmatNya."

Menurut Marlia, disebabkan pandemik COVID-19, mereka sekeluarga tidak dapat pulang ke Singapura untuk memberikan penghormatabn terakhir kepada Allahyarham, lapor Berita Harian Malaysia.

"Kami sudah berusaha membuat permohonan pulang ke Singapura, namun pihak berkuasa tidak mengizinkan akibat COVID-19," katanya, sambil menambah suaminya reda dengan keadaan itu.

Kali terakhir pasangan itu bertemu Allahyarham adalah sekitar setahun lalu sebelum pandemik bermula, menurut Berita Harian Malaysia.

Menerusi laporan Harian Metro pula, Marlia berkata M Nasir "belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan".

"Kami masih terkejut, tetapi sudah bersedia daripada segi mental disebabkan arwah memang sudah sakit lebih sebulan.

"Kehilangan itu, tetap satu kehilangan. Kami reda lagipun ayah memang sudah uzur dan dia meninggal dunia bukan disebabkan penyakit kronik," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Marlia, jenazah Allahyarham bapa mentuanya itu kini diuruskan oleh adik-beradik M Nasir untuk pengebumian di Singapura.

M Nasir adalah anak keempat daripada sembilan adik-beradik. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan