Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bapa Angelina Jolie terima anugerah Rumah Putih

Presiden Donald Trump memberi anugerah kepada pelakon legenda Hollywood, Jon Voight yang juga pemenang Oscar, sambil mengenang pengalaman menonton filem menyayat hati lakonan beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa Angelina Jolie terima anugerah Rumah Putih

Presiden Donald Trump memberi anugerah kepada pelakon legenda Hollywood, Jon Voight. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2019 02:14PM Dikemas Kini : 22 Nov 2019 02:20PM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberi anugerah kepada pelakon legenda Hollywood, Jon Voight yang juga pemenang Oscar, sambil mengenang pengalaman menonton filem menyayat hati lakonan beliau.

Voight, 80 tahun adalah antara lapan individu yang menerima Pingat Nasional untuk Seni dan Pingat Kemanusiaan Nasional dalam satu upacara di Rumah Putih, iaitu penghormatan tertinggi buat golongan artis.

Beliau memenangi anugerah pelakon terbaik pada 1979, menerusi lakonan cemerlang dalam filem ‘Coming Home’ selepas membawakan watak veteran Perang Vietnam, bersama aktres Jane Fonda.

Namanya mula dikenali selepas membintangi ‘Midnight Cowboy’ bersama Dustin Hofman dan turut berlakon dalam filem bertajuk ‘Deliverance’ serta ‘Odessa File’.

Menurut Presiden Trump, sebuah lagi filem lakonan Voight, ‘The Champ’ adalah antara filem tinju terbaik pernah dihasilkan sepanjang zaman.

“Semua orang menangis ketika menonton filem itu. Saya cuba (untuk tidak menangis) namun ia bukan perkara mudah,” katanya.

Voight tampil sebagai penyokong kuat Presiden Trump secara terbuka di Hollywood, sekali gus memecah dominasi di kalangan rakan seperjuangan yang selama ini menyokong Demokrat.

Anak perempuannya, pelakon Angelina Jolie pula ialah pengkritik tegar Presiden Trump dan tidak kelihatan di majlis tersebut. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan